Tuesday, April 18, 2017

EKSPO IE CHINA 2017, LEBIH DARIPADA SEBUAH PAMERAN BAGI INDUSTRI ALAM SEKITAR

- 100,000m2 kawasan pameran yang menampilkan 9 Dewan
- Lebih 1,500 pempamer dan lebih 48,000 pelawat profesional dijangka  hadir
- Lebih 200 mesyuarat dan simposium serentak yang menonjolkan lebih 200 penceramah daripada bidang perniagaan


SHANGHAI, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo
IE China 2017, pameran alam sekitar yang terbesar dan paling
berpengaruh di Asia, akan dibuka pada 4 hingga 6 Mei, 2017 di Pusat
Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Pameran edisi ke-18 itu akan
diadakan di 9 buah dewan pameran
yang memaparkan teknologi canggih dan penyelesaian yang paling
berinovatif di dalam bidang termasuk air & rawatan kumbahan,
pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan
pembersihan udara, bersama-sama dengan pelbagai mesyuarat dan simposium
yang diadakan serentak.

Pada ekspo IE China edisi 2017 itu,
pengunjung akan dapat melihat pempamer tetap termasuk Veolia, SUEZ,
Huber, KSB, VAG, Andritz, Heyl, E+H, Dow, EISENMANN, Durr, Heraeus,
Zoomlion, BHS, ENSA, TITECH dan ALLU . Selain dari Itali, Jerman,
Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Switzerland, Kesatuan
Eropah, Denmark dan Austria akan juga mendirikan astaka.




EKSPO IE CHINA 2017, LEBIH DARIPADA SEBUAH PAMERAN BAGI INDUSTRI ALAM SEKITAR

No comments:

Post a Comment