Friday, April 21, 2017

MERENTASI CHINA: BANDAR RAYA INDUSTRI MENETAPKAN CONTOH TINDAKAN DI DALAM MENGAWAL PENCEMARAN

 LANZHOU, China, 20 April, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --

Ia
adalah dengan rasa berat hati bagi Ma Xiaobing untuk menaikkan taraf
gerai kebab beliau dengan melabur di dalam sebuah peranti kawalan asap,
tetapi perniagaan beliau semakin laris sekarang.

"Pada masa lalu,
kami memanggang empat kaki kambing setiap hari. Pada masa ini, kami
memerlukan kira-kira 20 pada setiap hari," kata Ma dari Lanzhou, Wilayah
Gansu. "Terdapat lebih ramai pelanggan dan kami lebih sibuk berbanding
sebelum ini."

Lanzhou, sebuah bandar raya di lembah Sungai Kuning
di barat laut di kawasan yang gersang di negara itu, pernah merupakan
antara bandar raya yang paling tercemar di China. Pencemaran begitu
buruk sehinggakan orang ramai bergurau bahawa bandar itu tidak kelihatan
pada mana-mana imej satelit.

Langkah-langkah kawalan pencemaran
yang tegas telah menurunkan kepadatan PM10 dan PM2.5 di bandar raya itu
kepada kurang daripada 75 peratus bagi paras 2013. Tahun lepas, bilangan
hari yang menampakkan awan biru meningkat sebanyak 50 untuk mencapai
243 hari.




MERENTASI CHINA: BANDAR RAYA INDUSTRI MENETAPKAN CONTOH TINDAKAN DI DALAM MENGAWAL PENCEMARAN

No comments:

Post a Comment