Sunday, September 30, 2018

IWBI UMUM PESERTA PORTFOLIO WELL YANG PERTAMA

Laluan Baharu Membantu Memperkemas dan Menskalakan Peningkatan Kesihatan dan Kesejahteraan merentasi Portfolio

NEW YORK, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The International WELL Building Institute™ (IWBI™) hari ini mengumumkan peserta pertama di dalam Portfolio WELL™, sebuah laluan baharu yang diperkemaskan untuk Persijilan WELL™ bagi pelbagai bangunan baharu atau yang sedia ada dan ruang penyewa di dalam satu portfolio tunggal. Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada perintis WELL v2™, lelaran terkini bagi Standard Bangunan WELL™ (WELL™), ia merupakan sebahagian daripada satu suite penambahan kepada WELL yang menangani permintaan yang semakin meningkat merentasi industri bangunan bagi satu program yang membantu pemilik, pemaju dan penyewa menyelaras dan menskalakan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan kepada aset hartanah mereka.

Pengumuman itu dengan pantas diikuti dengan pelancaran WELL v2, lelaran kedua bagi  Standard Bangunan WELL yang menjadi perintis bagi IWBI. Penambahan bagi satu proses kajian semula fasa awal yang membolehkan projek-projek untuk mencari penentuan WELL D&O™, yang diperkenalkan di dalam WELL v2, membolehkan portfolio projek-projek bergerak melalui proses pensijilan dalam satu cara yang lebih kemas kini dan bersistematik merentasi pangkalan aset mereka, dengan satu tumpuan khusus terhadap garis panduan dasar, program dan perolehan. Laluan Portfolio WELL akan menggalakkan pemilik untuk menganggap WELL sebagai satu perjalanan dan bukannya satu destinasi, dan untuk meningkatkan penambahbaikan merentasi portfolio mereka sepanjang masa, menjejaki kemajuan mereka di sepanjang jalan.

Penyewa, pemaju dan pelabur dari Eropah, Amerika Utara, Australia dan Asia kesemuanya telah menyatakan minat untuk mengikuti Laluan Portfolio WELL itu. Banyak yang telah menggunakan WELL untuk bangunan tertentu dan kini berusaha untuk membawa nilai yang sama dan prestasi yang berasaskan bukti kepada portfolio mereka - membuktikan komitmen mereka untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara berskala.

Berikutan perbincangan meja bulat yang diterajui oleh pakar dan pembabitan pihak berkepentingan, organisasi dari seluruh dunia telah memberikan komitmen untuk menguji sampel portfolio bagi bangunan yang layak. Penyertaan mereka secara amali di dalam pembangunan laluan ini melalui proses perintis memastikan sebuah program yang akan memberi faedah segera dan boleh diukur kepada kedua-dua pihak pengamal awal dan mereka yang muncul selepas itu.

Organisasi ini termasuk, antara lain:

Barclays
Brandywine Realty Trust
CBRE Global Investors dan CBRE
Charter Hall
Forest City Realty Trust
Gro
Investa
JLL Asia Pacific
The Lendlease managed Australian Prime Property Fund (APPF) Commercial
Miron Construction Co., Inc.
Prologis, Inc.
Shaw Industries
SL Green Realty Corp

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11443

No comments:

Post a Comment