BEIJING, China, 22 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Perkhidmatan
Maklumat Ekonomi China, sebuah anggota gabungan Agensi Berita Xinhua,
telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Kumpulan Haiken
pada Isnin untuk bersama-sama mengumpul indeks harga bersiri
"Xinhua-Haiken".
Indeks harga bersiri "Xinhua-Haiken" akan
merangkumi "Indeks Harga Bersiri Getah Asli China Xinhua-Haiken",
"Indeks Harga Lada Hainan Xinhua-Haiken" dan "Indeks Harga Buah Pinang
Hainan Xinhua-Haiken."
Dengan sampel yang meliputi keseluruhan
rantaian perindustrian, indeks harga bersiri itu, yang akan dikeluarkan
dari tahun 2018 pada setiap hari, bertujuan untuk memberikan satu
gambaran yang tepat tentang trend harga bagi kesemua pautan di dalam
rantaian perindustrian dan menyediakan maklumat yang amat bernilai untuk
industri itu.
Khususnya, "Indeks Harga Bersiri Getah Asli China
Xinhua-Haiken", yang terdiri daripada empat indeks, menandakan yang
pertama seumpamanya yang menghubungkan pengeluaran dan pemasaran getah
di China.
Selain itu, kedua-dua pihak akan bersama-sama menerokai
penubuhan ekosistem perindustrian bagi getah asli, lada dan buah
pinang, mengintegrasikan sumber-sumber sosial dan perindustrian, dan
membina platform paling tinggi untuk inovatif industri, penyelidikan dan
dialog strategik.
CEIS, sebagai satu daripada penyedia maklumat
ekonomi terbesar di China, mempunyai lima platform peringkat kebangsaan
termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai
Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sejak
penstrukturan semulanya pada April 2016, CEIS telah melancarkan beberapa
siri produk dengan impak yang meluas.
Kumpulan Haiken, sebuah
syarikat milik negara sepenuhnya oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan,
menawarkan asas industri getah asli, pertanian tropika, pembiakan
ternakan, hartanah pelancongan, logistik perdagangan dan perkhidmatan
kewangan.
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=303555
No comments:
Post a Comment