Wednesday, December 13, 2017

SEKTOR PKS KEKAL MAMPAN PADA 2017

PKS mencatatkan pertumbuhan pendapatan 14.54%, pertumbuhan keuntungan sebanyak 6.93%

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia kekal mampan dengan dengan peserta kaji selidik SME100 memperlihatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 14.54 peratus dan pertumbuhan keuntungan sebanyak 6.93 peratus. Peratusan ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada unjuran pertumbuhan keseluruhan bagi KDNK negara yang hanya mencapai 5.2 peratus.
         
Kaji selidik SME100 yang dijalankan oleh SME Magazine memberi pengiktirafan kepada 100 syarikat yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang perniagaan. Kaji selidik dan penganugerahan tersebut telah diadakan bersama sejak tahun 2009. Bagi tahun ini, SME100 akan dirasmikan oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

“Meskipun terdapat permasalahan sejagat, PKS masih tetap berdiri kukuh. Hal ini adalah kerana, kini terdapat peningkatan permintaan daripada pengguna berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku beberapa tahun lepas. Pembaharuan terhadap fokus serantau bagi AEC juga menyumbang kepada pertumbuhan ini,” kata Dato 'William Ng, Pengarah Urusan Business Media International, merangkum Penerbit SME Magazine.

Dalam ucapan perasmian beliau, Dato’ Seri Ong Ka Chuan menyeru supaya PKS menerima Revolusi Perindustrian Keempat. “Melangkau ke hadapan, PKS harus meningkatkan operasi dan keupayaan mereka melalui penggunaan teknologi. Kerajaan komited untuk membantu perusahaan tempatan menggunapakai teknologi yang mencakupi ekonomi digital dan inovasi, " katanya lagi.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10685

No comments:

Post a Comment