Saturday, December 23, 2017

KARNIVAL TELUK YU MERIAHKAN KOMPLEKS KRAF LANGKAWI

LANGKAWI, 22 Dis (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Tourism Malaysia Langkawi, Pejabat Ikhtiar Malaysia Langkawi dan Persatuan Peniaga Pasar Malam Langkawi akan mengadakan Karnival Teluk Yu  mulai 23 hingga 25 Disember 2017, dari jam 10.00 pagi – 6.00 petang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor Pulau Langkawi.
 
Karnival Teluk Yu ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia dan juga pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Pulau Langkawi untuk menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai gaya hidup dan seterusnya menyemarakkan semangat cintakan seni warisan kraf tempatan terutamanya di kalangan generasi muda.  Karnival Teluk Yu berlangsung selama 3 hari dengan penyertaan seramai 35 orang usahawan kraf dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti :
 
Aktiviti Utama 
- Demonstrasi kraf ~  tempurung, wau, kekunci kayu dan ukiran kayu
- Interaktif kraf  ~ mewarna batik, mewarna seramik dan menghias wau tradisional
- Jualan kraf ~ hasil rimba,seramik, logam, batik dan aneka kraf
 
Aktiviti Tarikan Pengunjung 
-Persembahan Kesenian dan Kebudayaan
-Permainan Tradisional ~ congkak, batu seremban, sumpitan dan lastik
-Pameran Kucing
-Pameran Bonsai
-Demonstrasi Masakan Kuih Tradisional dan Jualan Makanan ~ kuih bakar, bahulu, peneram, loyang, bunga pudak dan karas
 
Adalah diharapkan penganjuran Karnival Teluk Yu dapat menggamit kenangan buat pengunjung tempatan dan pelancong asing yang berkunjung ke Pulau Langkawi.  Di samping merasai keseronokkan membeli-belah pelbagai produk kraf tempatan, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan permainan rakyat serta melihat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. 

Sila klik di sini untuk  Poster

Sumber : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NOREHAN BT AB GHANI
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel: 03-2161 3793
Faks: 03-2161 3773

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment