WUHAN, China, 8 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
Universiti
Fudan di Shanghai dipenuhi dengan syarikat-syarikat dari Bandar raya
Wuhan di tengah China pada 6 Disember. Pelajar-pelajar yang teruja
berkerumun untuk menyemak maklumat pekerjaan di Zon Pembangunan Ekonomi
& Teknologi di bandar raya itu. Berlatar belakangkan sebuah papan
tanda yang mempunyai slogan "Impian keusahawanan direalisasikan di
Wuhan," alumni yang ditubuhkan berkongsi pemikiran mereka; graduan muda
di luar negara mengajukan soalan; dan pegawai-pegawai dari jawatankuasa
pentadbiran zon itu menghulurkan pelawaan kepada bakat-bakat muda.
Ia
adalah satu hentian bagi kempen yang lebih besar di bandar raya itu
untuk "mendapatkan satu juta graduan universiti agar bekerja di Wuhan."
Sebanyak 21 buah syarikat dengan lebih 800 jawatan sedang mengambil
pekerja di Fudan. Juga pada hari yang sama, sebuah stesen kerja untuk
bakat-bakat di Shanghai telah diwujudkan, yang bertujuan untuk
memperkenalkan bakat-bakat global ke zon pembangunan dengan Shanghai
sebagai "pangkalan terdepan bagi pengambilan."
"Kita harus
mencuba yang sebaik mungkin dengan dasar-dasar dan keikhlasan yang
paling menggalakkan, persekitaran dan perkhidmatan terbaik, untuk
menarik bakat-bakat dari seluruh pelusuk dunia agar menetap dan
memulakan perniagaan di Wuhan," kata seorang pegawai dengan jawatankuasa
itu.
Menurut Wei Jianxin, pengarah bagi stesen kerja itu, sebuah
pangkalan data bakat profesional atasan perindustrian penting akan
dibina untuk membawa bakat dan projek yang berkaitan dengan pembuatan
pintar, rawatan perubatan, maklumat, pendidikan, industri bandar,
pertanian moden, ketenteraan dan integrasi awam serta industri kreatif
budaya. Kira-kira 10 hingga 20 bakat peringkat atasan dari China dan
luar negara dijangka diperkenalkan pada tahun 2018.
Kerajaan
bandar raya Wuhan telah bersungguh-sungguh mempromosikan kempen itu dan
memecutkan Wuhan ke hadapan untuk menjadi "bandar raya yang paling mesra
untuk penuntut kolej."
Gao Ziping, pengarah bagi pusat
penyelidikan untuk maklumat bakat-bakat di luar negara di bawah Akademi
Sains Sosial Shanghai, berkata bandar raya-bandar raya China memberi
perhatian besar kepada pengenalan bakat. Beliau berkata Wuhan sebagai
sebuah bandar raya pusat nasional dengan lokasinya yang menguntungkan,
persekitaran ekologi bandar yang menyenangkan, kekuatan saintifik dan
penyelidikan yang besar, dan pengedaran perindustrian yang rasional,
mempunyai daya tarikan yang hebat kepada bakat-bakat atasan.
Zon
pembangunan itu telah lama dikenali sebagai "ibu negara automobil"
China. Tetapi ia telah merubah diri menjadi sebuah "ibu negara bagi
robot, rumah pintar, dan penerbangan am" dengan automobil dan alat ganti
serta elektronik sebagai terasnya, dengan disokong oleh peralatan
pintar, bahan baharu, tenaga baharu, pengemudian dan satelit, dan
makanan dan minuman, dan ditambah dengan industri perkhidmatan moden.
Zon
pembangunan pada hari ini adalah rumah kepada sekumpulan syarikat
terkenal di dunia seperti Dongfeng Automobiles, dan lebih 40,000
bakat-bakat profesional dan teknikal.
Pada masa ini, ia telah
menubuhkan stesen kerja bakat di Amerika Syarikat, Jerman dan Australia,
dan memperkenalkan 11 ahli akademik dan lebih 20 pakar dalam senarai
Program Pengambilan bagi Pakar-pakar Global negara itu. Lebih 1,000
pekerja asing bekerja dan tinggal di zon berkenaan.
"Zon
pembangunan kami sedang berubah dan berkembang dengan pesat, dan
memerlukan bakat-bakat dengan kadar segera. Di sini akan menjadi sebuah
tanah panas bagi anda untuk merealisasikan impian anda," kata seorang
pegawai dari jabatan organisasi zon itu.
Sumber: Zon Pembangunan Ekonomi & Teknologi Wuhan
No comments:
Post a Comment