Friday, December 22, 2017

DENIS DELVAL DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI LFB SA

LES ULIS, Perancis, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 20 Disember, satu perintah daripada Presiden Perancis telah diterbitkan di Le Journal Officiel* yang melantik Denis DELVAL sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB S.A. Perintah ini adalah susulan daripada Mesyuarat Agung LFB SA dan mesyuarat oleh Lembaga Pengarahnya, yang kedua-duanya berlangsung pada 4 Disember, 2017.

Denis DELVAL telah juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB BIOMEDICAMENTS dan Presiden bagi LFB BIOTECHNOLOGIES berkuatkuasa pada 4 Disember, berikutan pemergian Christian BÉCHON dan Denis SOUBEYRAN.

Seorang lulusan dari sekolah perniagaan ESSEC dan INSEAD dengan memiliki PhD di dalam jurusan Farmasi, Denis DELVAL mempunyai pemahaman yang mendalam tentang industri farmaseutikal. Beliau telah memegang jawatan penting di dalam pemasaran, jualan dan strategik di Perancis, Eropah dan di seluruh dunia dan telah mengendalikan perkongsian antarabangsa di dalam pelbagai kumpulan farmaseutikal (Bayer, Fournier Pharma, ALK). Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi ALK Perancis. Pada tahun 2012, beliau juga menjadi Naib Presiden Kanan bagi syarikat farmaseutikal Denmark yang khusus di dalam rawatan imunoterapi alergi. Denis DELVAL memberi syarahan di sekolah perniagaan ESSEC dan juga merupakan Pengerusi bagi Lecrip.org, sebuah badan pemikir penjagaan kesihatan.

"Saya sangat berbangga kerana dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan LFB dan untuk bekerja bagi syarikat ini yang beroperasi di dalam sebuah sektor yang strategik. LFB menghasilkan terapeutik yang penting untuk kehidupan bagi ribuan pesakit, terutamanya di dalam bidang penyakit yang jarang berlaku. Saya amat menyedari sepenuhnya tentang cabaran-cabaran yang akan datang dan berharap untuk menjanakan  tenaga bagi menjadikan syarikat farmaseutikal ini berjaya di Perancis dan juga di peringkat antarabangsa."

* Jurnal Rasmi bagi Republik Perancis.

Maklumat mengenai Kumpulan LFB

LFB adalah sebuah kumpulan biofarmaseutikal yang membangun, mengeluarkan, dan memasarkan produk ubat-ubatan yang diperolehi daripada bahan hidup untuk rawatan penyakit yang serius dan jarang ditemui di dalam beberapa bidang terapeutik utama, termasuk Hemostasis, Imunologi dan Penjagaan Rapi. LFB adalah pengeluar terkemuka bagi produk ubat-ubatan yang diperolehi daripada plasma di Perancis dan ketujuh di seluruh dunia, dan juga merupakan di antara syarikat Eropah yang terkemuka untuk pembangunan produk atau rawatan ubat-ubatan generasi baharu yang berasaskan pada bioteknologi. Melalui usaha penyelidikan yang berterusan, kumpulan LFB melaksanakan satu strategi pertumbuhan untuk mengembangkan kegiatan mereka di pasaran antarabangsa. Pada hari ini, LFB memasarkan produknya di hampir 60 buah negara di seluruh dunia dengan perolehan global sebanyak €518.9 juta pada tahun 2016. Kumpulan LFB mempunyai lebih 2,300 orang pekerja di seluruh dunia.  
www.groupe-lfb.com

Hubungi
LFB SA
Sandrine Charrières, Tel : +33-(0)1-6982-7280
Naib Presiden Eksekutif Perhubungan Korporat
charrieres@lfb.fr

Sumber: LFB S.A.

No comments:

Post a Comment