Monday, December 11, 2017

SELAMAT DATANG KE LALUAN BERBASIKAL EHIME, JEPUN: ACARA BERBASIKAL ANTARABANGSA LALUAN LAUT PEDALAMAN SETO SHIMANAMI "BERBASIKAL SHIMANAMI 2018" KINI DIJADUALKAN


MATSUYAMA, Jepun, 6 Dis (Bernama) -- Pada 28 Oktober 2018, Ehime di wilayah barat Jepun akan menganjurkan acara berbasikal antarabangsa "Berbasikal Shimanami" dengan kira-kira 7,000 penunggang basikal dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201712048639/?images)

"Laluan Laut Pedalaman Seto Shimanami" mempunyai satu siri jambatan merentasi pulau-pulau yang indah yang menghubungkan Bandar raya Imabari di Ehime dengan Bandar Raya Onomichi di Hiroshima. Ia dipilih sebagai satu daripada "tujuh laluan basikal yang terbaik" oleh laman maklumat pelancongan CNN Amerika dan telah menerima sebuah bintang Michelin dari "Panduan Hijau Jepun Michelin." Ia sering dirujuk sebagai sebuah "tempat perlindungan berbasikal" di Jepun. Satu acara berbasikal (bukan satu perlumbaan) akan berlangsung di Laluan Laut Shimanami. Di sana akan terdapat tujuh laluan yang mengagumkan dan menyegarkan yang memberi tumpuan kepada bersiar-siar. Satu daripada laluan itu adalah laluan Imabari-Onomichi, di mana penunggang akan berkayuh sepanjang 43km merentasi sebuah jambatan lebuh raya. Permohonan untuk acara itu akan bermula dari April 2018 di laman web rasmi: http://cycling-shimanami.jp/english/

Imabari, tempat permulaan untuk acara itu di Shikoku, adalah sebuah tapak bersejarah yang merupakan tempat bagi “Lanun Murakami," yang dikatakan adalah lanun pahlawan laut yang paling kuat semasa Tempoh Berperang di antara Negeri-negeri. Melawat ke "Muzium Tentera Laut Murakami" dan kemudian “Menaiki Bot Bersiar-siar ke Jeram Selat Kurushima" adalah di antara beberapa aktiviti yang popular di kawasan itu. "Taman Pemerhatian Gunung Kiro," yang mempunyai suatu pemandangan yang indah mengenai "Selat Kurushima" dan "Jambatan Kurushima Kaikyo," telah dipilih sebagai tempat pemerhatian kedua terbaik di dalam "Kedudukan Tempat Pemerhatian Jepun 2017 "oleh Trip Advisor.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10669

No comments:

Post a Comment