Thursday, December 14, 2017

PEMETERAIAN SURAT HASRAT (LOI) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) BERSAMA DUA BUAH UNIVERSITI TERKEMUKA DI UNITED KINGDOM

UNITED KINGDOM, 14 Dis (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melangkah setapak lagi apabila Majlis Pemeteraian Surat Hasrat (LoI) antara ASWARA dan Cardiff Metropolitan University serta ASWARA dan Royal Welsh College of Drama & Music mengenai jalinan kerjasama strategik menerusi kerjasama dalam bidang animasi & media, komunikasi dan seni halus, kerjasama mobiliti pelajar dan pensyarah ASWARA, menjalinkan perhubungan kerjasama atas pembangunan pengajian berasaskan amali, penyelidikan dan pertukaran ilmu yang boleh memanfaatkan kedua-dua belah pihak telah dimeterai pada 11 dan 12 Disember 2017.
 
Pada majlis ini, ASWARA diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari, Rektor ASWARA manakala dari pihak Cardiff Metropolitan University diwakili oleh Professor Olwen Moseley FHEA, Dekan Fakulti Seni & Rekaan sementara itu dari pihak Royal Welsh College of Music & Drama diwakili oleh John Cranmer, Direktor Muzik.
 
Kerjasama ini diadakan bersempena lawatan akademik YBhg Prof Dato’ Ir Dr Mohd Rizon ke kedua-dua buah universiti tersebut. Turut serta semasa lawatan adalah Encik Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik, ASWARA. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10694

No comments:

Post a Comment