Tuesday, December 5, 2017

SIGMA SYSTEMS MELANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI DI INDIA

TORONTO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang dipacu oleh katalog, telah melantik Santosh Honnagunti, sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi di India. Dalam peranan baharu beliau, Santosh akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan bagi operasi India untuk Sigma, bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi kejuruteraan, penyampaian dan fungsi korporat untuk mengurus operasi yang berkesan bagi pusat di India.
 
Santosh menyertai Sigma Systems dari Celcom Solutions, sebuah perkhidmatan telekomunikasi global dan organisasi pembangunan produk di Bangalore, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Beliau sebelum itu merupakan Ketua bagi BSS/OSS untuk Ericsson merentasi rantau Singapura dan Brunei. Santosh juga telah bekerja di prajualan, perundingan penyelesaian, transformasi besar dan pelaksanaan Greenfield untuk Wipro, di mana beliau mengetuai projek-projek telekomunikasi besar merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan APAC.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10653

No comments:

Post a Comment