Wednesday, December 13, 2017

TOSHIBA MEMORY CORPORATION PERKENALKAN PRODUK MEMORI FLASH NAND TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF YANG MEMATUHI UFS VERSI 2.1

- Menangani permintaan penyimpanan data bagi aplikasi yang semakin kompleks termasuk sistem maklumat & hiburan automotif dan ADAS -

TOKYO, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan penghantaran sampel bagi produk memori flash NAND yang terbenam untuk aplikasi automotif yang mematuhi JEDEC UFS[1]  versi 2.1[2]. Produk-produk baharu itu memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[3]  dan menyokong julat suhu luas antara -40°C hingga +105°C, dengan menawarkan keupayaan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh aplikasi automotif yang semakin kompleks. Barisan itu memenuhi keperluan aplikasi yang luas dengan lima kapasiti yang berbeza: 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10683

No comments:

Post a Comment