Tuesday, December 5, 2017

LE CORDON BLEU LANCAR "DIPLOMA MASAKAN JEPUN"

TOKYO, 30 Nov (Bernama) -- Le Cordon Bleu, sebuah rangkaian institut pengurusan seni masak-memasak dan hospitaliti global yang terkemuka di dunia, secara rasmi melancarkan "Diploma Masakan Jepun" mereka pada 21 November semasa satu majlis di institut Tokyo di hadapan anggota media asing dan tempatan. Semasa majlis berkenaan, kursus baharu itu yang bermula pada Oktober 2017 telah dibentangkan.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201711298483/?images)

Program Diploma Masakan Jepun selama 6 bulan itu dibahagikan kepada empat tahap -- permulaan, asas, pertengahan dan tinggi -- dan menawarkan teknik dan pengetahuan mengenai budaya masakan yang kaya melalui kelas-kelas praktikal, aktiviti pengalaman kebudayaan, dan lawatan industri. Surat perakuan oleh bekas-bekas graduan yang mempelajari masakan Jepun dan program pembangunan sumber manusia budaya makanan turut diperkenalkan pada majlis tersebut. "Di London, semakin ramai orang memahami bukan sahaja makanan Jepun dan 'Kaiseki' tetapi juga falsafah dan pengalaman makan, oleh itu saya akan membawa kembali apa yang saya pelajari di sini...," kata Junhua Ni, yang juga memperolehi diploma masakan Perancis di Le Cordon Bleu Tokyo dan Paris.

Sebelum mencuba hidangan masakan Jepun, Chef Kiyoaki Deki, Pengarah Teknikal bagi Masakan Jepun, menunjukkan kemahiran menggunakan pisau dan teknik memasak yang lain di hadapan para hadirin. Sejarah institut itu telah disampaikan oleh Gilles Company, Chef Eksekutif di Le Cordon Bleu Jepun, bersama-sama dengan satu pengenalan kepada diploma masakan Jepun, termasuk pengajar dan pensyarah chef bertaraf dunia untuk program itu.

Le Cordon Bleu Jepun telah diiktiraf sebagai institut masakan antarabangsa yang pertama di Jepun yang ditauliahkan oleh TOW Co. Ltd., badan permohonan/pengurusan, untuk mengeluarkan "Persijilan Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Luar Negeri," garis panduan rasmi yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10651

No comments:

Post a Comment