Tuesday, December 19, 2017

QFPAY DAN UNITED BRANDS (UBPAY) MEMBENTUK USAHA SAMA UNTUK MENTAKRIFKAN SEMULA LANDSKAP PEMBAYARAN MUDAH ALIH MERENTASI UAE

BEIJING & DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- QFPay, syarikat penyelesaian data besar dan teknologi pembayaran mudah alih global yang terkemuka dari China, hari ini mengumumkan satu usaha sama dengan United Brands (UBPAY), sebuah Pembekal Perkhidmatan Pembayaran (PSP) yang berpangkalan di Dubai, untuk mentakrifkan semula landskap pembayaran mudah alih merentasi Emiriah Arab Bersatu dengan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian pembayaran mudah alih yang dijamin selamat kepada peniaga tempatan yang mensasarkan peningkatan jumlah pelancong China dan Asia di rantau itu.

UB QF PAY adalah usaha sama pertama seumpamanya di UAE dan akan menawarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada beberapa peruncit di Dubai pada Disember 2017.

Menurut Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Perdagangan Dubai, China adalah satu daripada lima pasaran sumber yang utama untuk pelawat ke Dubai pada tahun 2017. Pada tahun 2017, bandar raya itu dijangka menarik lebih 740,000 tetamu dari China, peningkatan sebanyak 49% berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Dengan peningkatan jumlah pelancong China dan Asia yang melawat bandar raya itu, Dubai adalah sebuah pasaran yang penting dan strategik untuk QFPay," kata Patrick Ngan, Pengasas Bersama dan Presiden bagi QFPay. "Kami amat berbesar hati untuk menubuhkan usaha sama ini dengan UBPAY yang mempunyai rangkaian rakan dan peniaga yang luas di UAE dan merentasi Timur Tengah. Kami berharap dapat menyediakan kepada peniaga di rantau itu dengan penyelesaian pembayaran mudah alih yang selamat dan boleh dipercayai.”

Ahmed Alrafi, Pengarah Urusan UBPAY, berkata, "Pembentukan usaha sama ini dengan QFPay merupakan satu kejayaan penting bagi kami untuk memanfaatkan peluang-peluang pembayaran mudah alih di rantau itu. Kami yakin bahawa perkongsian ini akan memberi manfaat kepada peruncit dan penyedia perkhidmatan dengan membenarkan mereka menerima pelbagai dompet daripada pelbagai pasaran dalam satu penyelesaian tunggal."

Maklumat mengenai QFPay

Beribu pejabat di Beijing, QFPay ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah menjadi sebuah penyedia perkhidmatan pembayaran PCI-DSS Tahap 1 untuk tempoh lima tahun berturut-turut. QFPay mempunyai kehadiran perniagaan merentasi Asia dengan pejabat serantau di Bangkok, Dubai, Hong Kong, Kuala Lumpur dan Tokyo.

Maklumat mengenai UBPAY

Dengan beribu pejabat di Dubai, UBPAY (United Brands) adalah sebuah Pembekal Perkhidmatan Pembayaran (PSP) dan sebuah penyedia terkemuka bagi teknologi pembayaran kepada sebilangan besar pelanggan di UAE dan wilayah yang lebih luas.


Hubungi
QFPay
Erica Lam
erica@qfpay.com
atau
UBPAY
Kazim Kirmani
kazim@ubmea.com

Sumber: QFPay

No comments:

Post a Comment