ASSA ABLOY
menggalas peranan pemimpin dalam Alliance untuk membantu penerimaan
Z-Wave dan untuk menyokong jualan global Kunci Pintu Pintar Z-Wave
FREMONT, Calif., 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Z-Wave Alliance, sebuah konsortium terbuka untuk syarikat peneraju
global yang membekalkan standard rumah pintar Z-Wave mengumumkan pada
hari ini tentang penyertaan ASSA ABLOY dalam Lembaga Pengarah Alliance.
Pemilik jenama kunci yang terkemuka dan dipercayai seperti Yale,
Mul-T-Lock dan ABLOY, ASSA ABLOY menyertai ahli utama seperti ADT,
Alarm.com, FIBARO, Huawei, Ingersoll-Rand, Jasco Products, LEEDARSON, LG
Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs.
“ASSA
ABLOY sudah pun menjadi peneraju dalam industri kunci pintar dan sedang
mengambil langkah untuk menjadi daya global dalam keselamatan pintar
dan kawalan akses terhubung,” ujar Mitchell Klein, Pengarah Eksekutif
Z-Wave Alliance,“Seluruh Alliance akan memperoleh manfaat daripada
sumbangan ASSA ABLOY kepada Lembaga Pengarah dan kepimpinan pada masa
hadapan.”
Kumpulan ASSA ABLOY merupakan peneraju global dalam
penyelesaian buka pintu dan menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran
komersial dan pelanggan. Kumpulan tersebut mempunyai produk buka pintu
lengkap, penyelesaian dan perkhidmatan untuk pasaran institusi,
komersial dan pelanggan serta kedudukan peneraju sedunia dalam bahagian
kunci pintu pintar. Kini menawarkan kunci pintu pintar didayakan Z-Wave,
ASSA ABLOY mencuri perhatian baru-baru ini dengan pemerolehan August
Home, satu lagi ahli Alliance dan pengilang bagi penyelesaian kunci
pintar Z-Wave.
“Kami menyokong Z-Wave dengan mantap menerusi
kunci pintar Yale kami dan bercadang untuk memainkan peranan yang lebih
besar sebagai pembuat keputusan dalam Z-Wave Alliance yang semakin
berkembang,” kata Kevin Kraus, Pengarah Sokongan Teknologi dan Integrasi
untuk Kediaman Yale di ASSA ABLOY Americas. “Sebagai ahli Lembaga, kami
mahu membantu membangunkan keperluan produk Z-Wave global dengan
mengembangkan tawaran kunci pintar kami di pelbagai kawasan di seluruh
dunia.”
Sebagai ahli utama, ASSA ABLOY akan menyertai pembangunan
keperluan produk Z-Wave global dan mempromosikan kunci pintar digital
didayakan Z-Wave di seluruh dunia.
Z-Wave Alliance mempunyai
lebih daripada 600 syarikat ahli di seantero dunia dan lebih daripada
2100 rumah pintar dan peranti IoT yang diperakui. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang Z-Wave Alliance, sila lawati http://z-wavealliance.org. Ikuti Z-Wave Alliance di Facebook, Twitter dan di LinkedIn untuk maklumat terkini.
Perihal Z-Wave
Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU terbuka yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa (G.9959). Ia merupakan teknologi kawalan rumah
wayarles yang terkemuka dalam pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2100 produk sah yang boleh saling beroperasi di seluruh dunia. Diwakili
oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 buah syarikat
di seluruh dunia, piawaian ini merupakan penyumbang utama bagi
penyelesaian kehidupan pintar untuk aplikasi bidang keselamatan rumah,
tenaga, hospitaliti, pejabat dan komersial ringan.
Z-Wave® ialah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs (NASDAQ SIGM) dan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.
Perihal Z-Wave Alliance
Ditubuhkan pada bulan Januari 2005, Z-Wave Alliance merupakan konsortium bagi syarikat terkemuka dalam ruang teknologi rumah yang dikhususkan bagi usaha menjayakan Z-Wave sebagai piawaian bagi produk kawalan rumah wayarles. Ahli utamanya termasuk: ADT, Alarm.com, ASSA ABLOY, FIBARO,
Huawei, Ingersoll Rand Nexia Intelligence, Jasco Products, Leedarson,
LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs. Ahli
Perikatan ini menerajui pasaran kawalan rumah, menyediakan produk dan
sistem yang tercanggih yang menyampaikan keselesaan, kemudahan,
pemulihan tenaga, keselamatan dan keterjaminan yang dipertingkatkan.
Perihal ASSA ABLOY
ASSA ABLOY merupakan peneraju global untuk penyelesaian buka pintu yang mengkhusus dalam
memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan pengguna akhir. Sejak
penubuhannya pada tahun 1994, ASSA ABLOY telah berkembang daripada
sebuah syarikat serantau menjadi kumpulan antarabangsa dengan kira-kira
47,000 orang pekerja, dengan operasi di lebih 70 buah negara dan jualan
bagi SEK 71 bilion. Dalam segmen keselamatan elektromekanik yang pesat
membangun, Kumpulan tersebut memegang kedudukan peneraju dalam
bidang seperti kawalan akses, teknologi pengecaman, pengautomasian
kemasukan dan keselamatan hotel.
Pernyataan Masa Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa
hadapan dalam lingkungan makna bagi Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan
Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk pernyataan tentang
manfaat keahlian Z-Wave Alliance, manfaat penggunaan Z-Wave dalam
tawaran produk, termasuk manfaat ciri tertentu peranti Z-Wave yang
dipertingkat. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara kerana
beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan Z-Wave
Alliance oleh pengguna dan pelanggan (termasuk manfaat keahliannya), dan
teknologi Z-Wave di rantau yang berkaitan, keupayaan Z-Wave Alliance
untuk bersaing dengan perikatan yang serupa dalam industri dan berkenaan
teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk lain yang
berkaitan di pasaran, jika ada, serta risiko lain yang diperincikan dari
semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan
Bursa, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca
dinasihatkan agar tidak meletakkan kepercayaan yang tidak wajar pada
pernyataan masa hadapan ini, yang hanya setakat tarikh yang dinyatakan di sini.
Kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum
atau dengan cara lain mendedahkan hasil apa-apa semakan kepada
pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat kerana peristiwa atau
keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan peristiwa yang
tidak dijangka.
Hubungan Akhbar:
Caster Communications, Inc. Di 401.792.7080
Ashley Daigneault ashley@castercomm.com
Untuk gambar digital, daftar masuk ke www.castercomm.com
SUMBER : Z-Wave Alliance
No comments:
Post a Comment