Friday, December 8, 2017

L'OFFICIEL DAN KUMPULAN GEM MELANCARKAN TABUNG L'OFFICIEL, SATU PENDEKATAN PELABURAN YANG UNIK DAN DISRUPTIF

PARIS & NEW YORK, 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- L'Officiel (yang dimiliki oleh Kumpulan Jalou Media) dan Kumpulan GEM (New York) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran Tabung L'Officiel, sebuah dana pelaburan bernilai AS$50 juta yang bertujuan untuk menggalakkan jenama yang baru muncul dan mengembangkan penglibatan mereka dengan pengguna gaya hidup mewah.

Pelancaran Tabung L'Officiel itu adalah fasa kedua di dalam satu perkongsian yang bermula pada Oktober tahun ini apabila Kumpulan Jalou Media dan Kumpulan GEM bergabung bersama untuk melancarkan L'Officiel USA Inc, yang merangkumi sebuah platform digital, lofficielusa.com—yang dilancarkan pada akhir Oktober—dan L'Officiel USA, sebuah edisi cetak dua bulanan sekali yang akan berada di pasaran bermula pada Mac tahun 2018.

MEWUJUDKAN NILAI UNTUK PERUSAHAAN DI DALAM SEKTOR GAYA HIDUP DALAM PEMBANGUNAN

Bekerja dengan jenama-jenama yang baru muncul yang memahami nilai pemasaran yang disasarkan, tetapi tidak mempunyai modal untuk mengakses saluran pengiklanan premium, Dana itu akan menyediakan kepada jenama-jenama dengan modal pelaburan untuk dibelanjakan bagi usaha pemasaran. Menambahkan kepada perkara itu, L'Officiel akan menyediakan kepada jenama-jenama terpilih dengan akses istimewa kepada rangkaian global L'Officiel bagi aset penerbitan digital dan cetak  di 70 buah negara. Jenama-jenama akan mendapat manfaat daripada kempen pengiklanan cetak dan digital L'Officiel, dan perkhidmatan pemasaran nilai tambah termasuk kandungan berjenama, penerbitan video, pengaktifan media sosial, penciptaan acara, dan pemasaran pengalaman, antara perkhidmatan lain.

SEBUAH DANA PELABURAN UNIK DAN DISRUPTIF

"Dengan pendekatannya yang unik terhadap penciptaan kandungan—dari kaedah disruptif bagi bercerita kepada platform digital global kami yang terpusat— kami dapat menyediakan jenama-jenama Dana itu dengan sumber-sumber baharu dan lebih dinamik, yang membolehkan mereka untuk keluar daripada model media tradisional dan sebaliknya menjadi inovator di dalam bidang itu" kata Benjamin Eymere, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Jalou Media.

"Tujuan bagi Dana itu adalah untuk menyediakan bagi jenama-jenama baru muncul," kata Anthony Romano, Pengarah Urusan Tabung L'Officiel, "dengan peranti yang mereka perlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Kami mahu membekalkan jenama-jenama ini dengan sumber yang betul untuk membantu mereka berjaya di dalam pasaran global yang kompetitif."

Walaupun Dana itu akan terutamanya mensasarkan syarikat-syarikat tersenarai global, ia akan memperuntukkan 25% daripada modalnya kepada perniagaan persendirian juga.
 
ANGKA PENTING BAGI RANGKAIAN L'OFFICIEL
 
56   15 JUTA   2 JUTA   500 RIBU
Tajuk yang diedarkan di 30 negara   
Audiens Global
   Majalah yang dicetak setiap bulan dalam 17 bahasa   Arkib fesyen Sejak 1921
             

MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN GEM

Global Emerging Markets (GEM) telah melabur di pasaran baru muncul dan global selama lebih 20 tahun dengan 375 urus janji di 70 buah negara. L'Officiel USA adalah satu pelaburan modal baharu, sebahagian daripada strategi pembangunan media GEM baru-baru ini, dari pejabat mereka di Beverly Hills.

MAKLUMAT MENGENAI L’OFFICIEL

Dimiliki oleh Kumpulan Jalou Media, tajuk utama Perancis itu terkenal dengan fokusnya kepada fesyen mewah dan gaya hidup mewah. Ia diedarkan di lebih 80 buah negara dan merupakan majalah fesyen wanita Perancis yang terkemuka dan paling dihormati. L'Officiel telah merakamkan semangat keanggunan Perancis dan bakat-bakat pereka yang utama selama hampir 100 tahun. Ia kini merupakan media pemilihan gaya yang utama, memberi nasihat kepada wanita mengenai cara untuk berpakaian dan secara langsung menyokong aktiviti peruncitan fesyen antarabangsa dan jenama mewah yang ditampilkan di dalam majalah itu. Berdasarkan kepada kenyataan utama bagi pemilihan gaya ini, L'Officiel mempunyai satu strategi pembangunan asing yang dinamik dengan rangkaian antarabangsa mereka bagi edisi luar negeri L'Officiel, L'Officiel Hommes, L'Officiel Art dan jenama satelit yang lain, yang diterbitkan di bawah lesen oleh penerbit-penerbit tempatan, usaha sama tempatan, atau secara langsung oleh Kumpulan Jalou Media.

MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN JALOU MEDIA

Kumpulan Jalou Media adalah merupakan satu kumpulan media milik keluarga yang berpangkalan di Paris, ibu negara bagi fesyen antarabangsa, selama hampir 100 tahun. Dipimpin oleh Marie-Jose Jalou, kumpulan itu dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Jalou. Dengan 10 majalah (L’Officiel, L’Officiel Hommes, L’Officiel Art, L’Officiel Voyage, La Revue des Montres, Jalouse, L’Officiel 1000 Modèles, L’Officiel Shopping, L’Officiel 1000 Modèles Design, L’Officiel Médecine dan Chirurgie Esthetique) dan teknologi lofficiel.com mereka yang dipatenkan, Kumpulan Jalou Media hadir di lebih 80 buah negara, dengan lebih 44 edisi antarabangsanya sendiri, yang merupakan satu penyelesaian positif bagi evolusi sebuah industri media yang stabil.

Hubungi
KUMPULAN GEM
Pejabat-pejabat New York & LA
Anthony Romano
aromano@gemny.com
Tel: (212) 582-3400

Sumber: Kumpulan GEM

No comments:

Post a Comment