Thursday, March 24, 2022

CLEAN ORIGIN MENERIMA PELABURAN EKUITI $20 JUTA DARIPADA TITAN

Jenama berlian buatan makmal terkemuka akan menggunakan dana tersebut untuk mengukuhkan rantaian bekalan dan peruncitan

STAMFORD, Conn., 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Great Heights Inc., dan anak syarikat mereka Clean Origin LLC, peruncit DTC dalam talian terkemuka bagi berlian, cincin pertunangan dan barang kemas yang dihasilkan di makmal, hari ini mengumumkan satu pelaburan ekuiti $20 juta daripada TCL North America, Inc. (TCL Inc), sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Titan Company Limited (NSE:TITAN) - sebuah syarikat produk mewah India yang terkenal dengan pembuatan barang kemas dan jam tangan - untuk mengembangkan lagi perniagaan itu. Clean Origin merancang untuk menggunakan dana tersebut bagi meningkatkan operasi mereka, mengukuhkan rantaian bekalan mereka, melabur di dalam pengalaman runcit saluran pelbagai arah, memanfaatkan sinergi rentas sempadan India-Amerika, dan membina satu kunci kira-kira yang kukuh untuk terus menguasai industri cincin pertunangan berlian yang dihasilkan di makmal.

Urus niaga ini menilai Great Heights Inc. pada kira-kira $132.8 juta USD pada satu asas penilaian pra-wang dan $152.8 juta USD pada satu asas penilaian selepas wang dan tidak mewujudkan sebarang perubahan bagi kawalan mahupun arah untuk syarikat itu yang mengekalkan kawalan majoriti.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu:
  • Ajoy Chawla, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Barang Kemas di Titan Company Limited akan menyertai lembaga pengarah Great Heights Inc.
  • Titan akan memiliki kira-kira 13.09% kepentingan ekonomi dan 17.54% daripada kawalan pengundian di Great Heights Inc.
 
“Kami berbesar hati untuk memilih Titan sebagai sebuah rakan kongsi dan berharap untuk mengalu-alukan Encik Chawla ke lembaga pengarah kami,” kata Alexander Weindling, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Clean Origin dan Great Heights Inc. “Titan membawa lebih daripada sekadar wang untuk memacukan pertumbuhan kami, tetapi kepakaran yang mendalam di dalam pembuatan, kawalan dan logistik antarabangsa bagi barang kemas berlian yang ditempah merentasi sebuah platform global.”

Clean Origin sedang dalam satu misi untuk mengekalkan industri berlian pada satu standard yang lebih tinggi, dengan satu proses baharu yang mementingkan alam sekitar dan bebas daripada konflik yang memberikan fikiran yang tenang kepada semua orang apabila membeli berlian. Setiap berlian dihasilkan di makmal dengan menggunakan seni pertukangan yang mencerminkan proses pertumbuhan semula jadi dalam menghasilkan batu-batu yang molekulnya serupa tanpa usaha perlombongan yang memusnahkan atau etika yang kelam. Semua berlian adalah 100 peratus tulen, 100 peratus beretika dan diperakui secara berasingan untuk memenuhi standard kualiti yang paling tinggi.

Maklumat mengenai Clean Origin

Clean Origin, sebuah jenama anak syarikat milik sepenuhnya oleh Great Heights Inc., adalah peruncit terbesar bagi barang kemas berlian tulen yang dihasilkan di makmal di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Alexander Weindling, Ryan Bonifacino dan satu pasukan veteran di dalam industri itu dengan gabungan lebih 100 tahun pengalaman, pasukan itu berusaha untuk menginovasikan cara berlian dibangunkan, diperoleh dan dijual. Pelabur benih termasuk Terry Burman, Pengerusi bagi Abercrombie & Fitch, bekas Pengerusi Zale dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi jenama Signet Kay Jewellers dan Jared. Clean Origin peka mengenai industri barang kemas berlian hingga ke terasnya dan sedang dalam satu misi untuk meningkatkan pengalaman beli-belah berlian. Syarikat itu mengutamakan kualiti dan etika, supaya pengguna boleh berasa gembira tentang berlian kini dan selama-lamanya. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.cleanorigin.com

Maklumat mengenai Titan Company Limited

Titan, satu usaha sama di antara Kumpulan Tata dan Tamil Nadu Industrial Development Corporation (TIDCO), memulakan operasi pada tahun 1984. Sejak itu, Titan telah berkembang daripada jam tangan kepada mencipta jenama gaya hidup barang kemas terbesar di India, Tanishq dan tukang emas saluran pelbagai arah digital terbesar di India, Caratlane.com. Titan terkenal secara meluas kerana mengubah industri barang kemas di India dan kerana membentuk pasaran runcit India dengan menjadi perintis kepada pengalaman peruncitan. Operasi barang kemas global Titan menjanakan jualan sebanyak AS$2.7 bilion pada 2021 melalui 2,000 kedai mereka di India dan di luar negara.

Ditubuhkan pada tahun 1868 oleh Jamsetji Tata, Tata ialah satu daripada perusahaan global terulung di dunia. Dalam tahun fiskal terbaharu mereka, Tata telah menjanakan pendapatan AS$103 Bilion dengan sebuah permodalan pasaran yang melebihi AS$300 bilion - termasuk 28 syarikat tersenarai awam setakat 30 September, 2021 - merentasi sepuluh industri menegak termasuk pengguna, teknologi dan peruncitan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15703

No comments:

Post a Comment