Wednesday, March 30, 2022

LEDDARTECH AKAN MEMPERLIHATKAN NILAI PERSEPSI DAN GABUNGAN DATA MENTAH KETIKA AUTOMOTIVE TECH.AD BERLIN (JERMAN) PADA 3-5 APRIL 2022

Teknologi persepsi alam sekitar untuk pemanduan autonomi yang lebih selamat dengan pengesanan yang lebih baik.

BANDAR QUEBEC, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech® berbesar hati mengumumkan penyertaannya dalam Automotive Tech.AD Berlin di Titanic Chaussee Hotel Berlin sebagai pempamer dan penceramah utama. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pemimpin global yang menyediakan teknologi penderiaan AD dan ADAS yang paling fleksibel, kukuh dan tepat.

4-5 April 2022: Ruang Demonstrasi LeddarVision™ oleh LeddarTech (secara langsung dan maya)

Sertai pasukan LeddarTech untuk demonstrasi LeddarVision yang dilakukan secara langsung. Satu-satunya perisian persepsi dan gabungan sensor yang menggunakan gabungan data mentah bagi meringkaskan set sensor yang rumit. Jadi, pelanggan tidak perlu bergantung pada perkakasan dan mereka lebih fleksibel apabila mencari penyelesaian lebih pantas untuk pelbagai model kenderaan. Dengan cara ini, ia dapat menyampaikan prestasi ADAS dan AD yang lebih hebat.

Mari berkenalan dengan CTO LeddarTech, Pierre Olivier, seorang peneraju dalam bidang penderiaan dengan pengalaman melebihi 30 tahun. Beliau akan memberi ucapan pada acara berikut ketika persidangan:

LEDDARTECH AKAN MEMPERLIHATKAN NILAI PERSEPSI DAN GABUNGAN DATA MENTAH KETIKA AUTOMOTIVE TECH.AD BERLIN (JERMAN) PADA 3-5 APRIL 2022

No comments:

Post a Comment