Thursday, March 31, 2022

FASTLY MEMPEROLEH FANOUT UNTUK MEMBUKA KUNCI PEMBANGUNAN APLIKASI MASA NYATA DI PINGGIR

 Pemerolehan Fanout itu menambahkan teknologi yang terbaik di dalam web kepada portfolio Fastly dalam usaha mereka untuk menyediakan pengalaman yang pantas, selamat dan menarik



SAN FRANCISCO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), penyedia rangkaian awan pinggir paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan pemerolehan mereka ke atas Fanout, sebuah platform yang memudahkannya untuk membina dan menskalakan API masa nyata dan penstriman seperti sokongan sembang langsung, e-dagang, penstriman video, permainan, penyuntingan kolaboratif dan banyak lagi. Pemerolehan itu adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan Fastly yang lebih luas untuk mengenal pasti dan menggunakan teknologi serta bakat yang meningkatkan prestasi, keselamatan dan inovasi untuk pelanggan.

Hari ini, kelajuan dan prestasi sebuah pengalaman digital adalah kunci kepada penglibatan dan penukaran pelanggan. Penyepaduan teknologi Fanout ke dalam rangkaian Fastly yang berkuasa akan membantu membolehkan pembangunan aplikasi masa nyata di pinggir dengan peningkatan masa ke pasaran, mengurangkan geseran, dan skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Dengan penambahan teknologi Fanout ke dalam portfolio Fastly, ia menempatkan Fastly pada kedudukan yang baik untuk menyokong pelanggan yang ingin berpindah daripada susunan WebSocket dalaman yang sedia ada dan rumit, serta pelanggan yang tidak mempunyai sumber kejuruteraan untuk membina sebuah seni bina tolakan bagi data dan komunikasi masa nyata ke mana-mana peranti, di mana-mana sahaja,” kata Naib Presiden Penyelidikan IDC Ghassan Abdo. “Untuk menambahkan fungsi ini ke dalam timbunan yang sama di mana aplikasi sedang dibina seharusnya membantu pembangun yang dikekang sumber di SMB dan perusahaan.”

Nilai Fanout kepada platform Fastly adalah keupayaannya yang revolusi untuk:
  • Menyampaikan pembangunan masa nyata yang agnostik pengangkutan. Fanout membolehkan ia berlaku tanpa kekangan pada bilangan pelanggan yang disambungkan dan dengan 1-kepada-banyak mesej fan-out yang sebenar.
  • Membolehkan pelanggan untuk menggunakan asalan HTTP mereka yang sedia ada dan bukannya mengekalkan sebuah WebSocket yang rumit dan mahal atau infrastruktur pemesejan protokol tolakan lain yang didedikasikan semata-mata untuk pembangunan aplikasi masa nyata
  • Memperkemaskan aliran kerja dengan cekap dan melepaskan pembangun untuk membina pengalaman yang terbaik mungkin bagi pengguna mereka tanpa perlu membuang masa bimbang tentang kerumitan protokol masa nyata.
Fastly merancang untuk menyepadukan proksi Fanout ke dalam penawaran tanpa pelayan Compute@Edge, untuk membolehkan pembangun membina aplikasi masa nyata yang berinteraktif sepenuhnya dengan selamat dan pada skala di dalam rangkaian pinggir Fastly yang besar.

“Kami sentiasa didorong untuk mencipta peranti yang diperlukan oleh pelanggan kami untuk membina dan menyampaikan pengalaman digital yang luar biasa di sebalik yang terbaik daripada web,” kata Joshua Bixby, Ketua Pegawai Eksekutif Fastly. “Mengintegrasikan teknologi aplikasi masa nyata Fanout ke dalam teknologi kami memberikan pembangun dengan satu pengalaman pembangunan yang konsisten, memperkasakan mereka untuk meningkatkan pengalaman pengguna akhir mereka dengan mudah dalam masa yang singkat dan dengan sumber yang lebih sedikit. Penyepaduan itu juga akan membolehkan pelanggan untuk memanfaatkan skala global Fastly untuk menyokong keperluan perusahaan terbesar.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat catatan blog terbaharu Fastly, “Fastly + Fanout: mengapa pemesejan masa nyata dan pengkomputeran pinggir adalah satu  gabungan yang menakjubkan.”

Maklumat mengenai Fastly

Fastly sedang meningkatkan pengalaman internet untuk memberi orang ramai dan organisasi lebih kawalan, kandungan yang lebih pantas dan aplikasi yang lebih dinamik. Dengan menggabungkan rangkaian awan pinggir global yang paling pantas di dunia dengan perisian yang berkuasa, Fastly membantu pelanggan membangun, menyampaikan dan mendapatkan penggunaan pengedaran moden dan pengalaman digital yang menarik. Pelanggan Fastly termasuk banyak syarikat paling terkemuka di dunia, termasuk Pinterest, The New York Times dan GitHub. Untuk maklumat lanjut mengenai misi dan produk kami, sila layari https://www.fastly.com.

Sumber: Fastly, Inc.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220330005295/en/

Hubungi

Hubungan Media:
press@fastly.com

Hubungan IR:
Vernon Essi, Jr.
ir@fastly.com

Sumber : Fastly, Inc. 

No comments:

Post a Comment