Friday, March 11, 2022

MARY KAY INC. DALAM PERKONGSIAN DENGAN YAYASAN ARBOR DAY KOMITED KEPADA PENGHUTANAN SEMULA DI CHINA DENGAN 8,000 POKOK PADA 2022

 



Table

Logo untuk Yayasan Arbor Day (Grafik: Mary Kay Inc.)
 
 
DALLAS, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pokok adalah penting untuk kewujudan kita dan melakukan begitu banyak untuk meningkatkan dunia kita. Mereka membersihkan air, udara, dan meningkatkan kesihatan kita tetapi sering dipandang remeh. Mary Kay, sebuah penyokong kelestarian global hari ini mengumumkan sokongan berterusan mereka terhadap usaha penghutanan semula oleh Yayasan Arbor Day di selatan Wilayah Liaoning di China dengan menanam 8,000 pokok pada 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220310005962/en/

Melalui usaha kerjasama itu di antara Mary Kay dan Yayasan Arbor Day, isu-isu mendesak yang dihadapi oleh planet kita dapat ditangani dengan hasil yang berkekalan dan boleh diukur. China adalah satu daripada negara di dunia yang paling terjejas akibat penggurunan. Sejak 2020, projek penanaman pokok oleh Mary Kay di wilayah Wilayah Gansu dan bahagian barat di Wilayah Liaoning telah memberi tumpuan kepada penyingkiran karbon dioksida, meningkatkan kualiti dan kuantiti air, dan penyerapan bahan pencemar udara.

Di Daerah Minquin, penggurunan menyumbang hampir 95% daripada jumlah kawasan tanah. Begitu juga, bahagian barat Wilayah Liaoning telah mengalami iklim yang teruk, presipitasi yang rendah dan tanah tandus. Kehilangan kepelbagaian biologi yang membimbangkan di kedua-dua wilayah tidak boleh diabaikan—namun, dengan memperlahankan kadar kepupusan dan menanam spesies asli, keadaan itu boleh diperbaiki dengan ketara.

“Penanaman pokok adalah satu penyelesaian yang terbukti untuk menangani banyak isu alam sekitar yang dihadapi oleh planet ini,” kata Wendy Wang, Presiden bagi Mary Kay Asia Pasifik. “Dengan menumpukan usaha kami kepada menambah baik habitat semula jadi dan kepelbagaian biologi bagi kawasan yang ditebang ini, kami meningkatkan alam sekitar bersama-sama dengan ekonomi. Kami melabur untuk masa depan dan menyebarkan kesedaran bahawa pokok adalah penting bagi komuniti kami untuk berkembang maju.”

Sorotan Kesan Global dan Tempatan:

• Lebih 1.2 juta pokok telah ditanam di seluruh dunia oleh Mary Kay dengan kerjasama Yayasan Arbor Day
• Di China, 22,500 pokok telah ditanam di dua wilayah: Wilayah Gansu & Hutan Inner Mongolia dan Wilayah Liaoning Barat
• Faedah kumulatif untuk kedua-dua wilayah:
  o Karbon: 22,602 tan metrik CO2 diasingkan - bersamaan dengan 4,913 kereta yang lebih sedikit di jalan raya*
  o Air: 421,830 gelen mengelakkan aliran air - bersamaan dengan 4,794 orang yang mempunyai air yang lebih bersih*
  o Udara: 86 tan bahan pencemar udara disingkirkan - bersamaan dengan oksigen yang mencukupi untuk 5,625 orang*
• 15,000 pokok telah ditanam di Wilayah Gansu & Hutan Inner Mongolia
• 7,500 pokok telah ditanam di Wilayah Liaoning Barat
 
*diunjurkan untuk tempoh 40 tahun akan datang

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Yayasan Arbor Day

Diasaskan pada 1972, Yayasan Arbor Day telah berkembang untuk menjadi organisasi keahlian tidak mencari keuntungan terbesar yang berdedikasi untuk menanam pokok, dengan lebih daripada satu juta ahli, penyokong dan rakan kongsi yang dihargai. Sejak 1972, lebih daripada 350 juta pokok Yayasan Arbor Day telah ditanam di kawasan kejiranan, komuniti, bandar raya dan hutan di seluruh dunia. Visi kami adalah untuk membantu orang lain memahami dan menggunakan pokok sebagai satu penyelesaian kepada banyak isu global yang kami hadapi pada hari ini, termasuk kualiti udara, kualiti air, perubahan iklim, penebangan hutan, kemiskinan dan kelaparan.

Sebagai satu daripada yayasan pemuliharaan operasi terbesar di dunia, Yayasan Arbor Day, melalui ahli, rakan kongsi dan program mereka, mendidik dan melibatkan pihak berkepentingan dan komuniti di seluruh dunia untuk melibatkan diri mereka dalam misi mereka untuk menanam, memupuk dan meraikan pokok. Maklumat lanjut boleh didapati di arborday.org.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220310005962/en/
 
Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment