Friday, March 25, 2022

MARY KAY INC. KOMITED SEMULA KEPADA PENGURUSAN AIR YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MAPAN BERIKUTAN HARI AIR SEDUNIA 2022




DALLAS, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Air adalah penting kepada kehidupan dalam semua bentuknya dan untuk pembangunan yang berterusan bagi sebuah masa depan yang sihat dan mapan. Menurut Forum Ekonomi Dunia, risiko alam sekitar dan kesan ke atas ekosistem dan sumber semula jadi terus menjadi satu risiko utama dunia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220324005126/en/

Sempena Hari Air Sedunia ini, Mary Kay Inc. komited semula kepada pengurusan air yang bertanggungjawab dan mapan untuk memastikan ketersediaan air yang berterusan sebagai satu sumber penting untuk memenuhi keperluan bagi alam sekitar dan komuniti di seluruh dunia.

Air adalah nadi bagi strategi kelestarian Mary Kay dan penting untuk proses pembuatan mereka. Melaksanakan prinsip pengawasan air yang baik adalah penting bagi Mary Kay untuk mencapai matlamat kelestarian kami. Kami berusaha untuk memastikan penggunaan air bagi keperluan manusia dan ekonomi tidak mengganggu kitaran air yang mapan atau menyebabkan kemudaratan yang berterusan kepada alam semula jadi dan bio kepelbagaian. Usaha air terkini di kemudahan Mary Kay termasuk:
  • Penggunaan air di kemudahan milik Mary Kay di Amerika Syarikat menurun 36% dari 2012-2017.
  • Di kemudahan pembuatan Mary Kay di Hangzhou, China, langkah penting ke arah pemuliharaan air termasuk:
    o Mengurangkan penggunaan air boleh diminum sebanyak 34%, yang menjimatkan kira-kira 913,480 gelen air boleh diminum setiap tahun.
    o Osmosis Berbalik (RO) menolak penggunaan semula air: Peralatan penulenan air menghasilkan sejumlah besar bagi pelepasan air pekat di dalam proses operasi. Dengan mengumpulkan air pekat dan menyalurkannya melalui sistem peredaran, air pekat akan digunakan semula melalui menara api dan sistem menara penyejukan udara sebagai satu sumber air tambahan.
    o Naik taraf rawatan air buangan: Untuk mengurangkan impak alam sekitar bagi air buangan dalam proses pembuatan mereka, Mary Kay China telah melabur dalam satu proses bioreaktor membran termaju (MBR) dengan menggunakan infrastruktur sedia ada untuk meningkatkan kapasiti rawatan air buangan dan mengurangkan pelepasan enap cemar sebanyak 40%.
 
“Sebagai sebuah penyokong kelestarian global, Mary Kay berdedikasi untuk memainkan satu peranan penting dalam usaha kolektif untuk tidak mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar dan bagi memastikan masyarakat dan ekonomi terus maju,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Mary Kay akan terus membina kemajuan mereka dan berusaha ke arah komitmen mereka untuk mengurangkan penggunaan air dalam proses pembuatan kami sebanyak 30% menjelang tahun 2030 berbanding dengan satu garis dasar 2020 bagi setiap kilogram pukal yang dihasilkan. Mencapai Pensijilan Teras Alliance for Water Stewardship (AWS) untuk kemudahan pembuatan Mary Kay di Amerika Syarikat dan China akan membantu mendekatkan kami kepada matlamat kami.”

Beberapa komponen penting dalam dekad tindakan Mary Kay termasuk:
  • Sebuah penandatangan semasa bagi Prinsip Lautan PBB dan Mandat Air Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Meneruskan perkongsian mereka selama 32 tahun dengan The Nature Conservancy dan menyokong 11 projek air global pada tahun 2022 dengan memberi tumpuan kepada:
    o  Perlindungan lautan dunia bagi meningkatkan kesihatan lautan untuk alam semula jadi dan manusia;
    o Memulihkan Terumbu Kerang Asia Pasifik di Australia, Hong Kong, China, Segitiga Karang dan Terumbu Cakaulevu (juga dikenali sebagai Terumbu Laut Besar);
    o Menyokong Pemimpin Wanita di Pasifik di Papua New Guinea (Bakau, Wanita dan Pasaran) dan Kepulauan Solomon (Kesihatan dan Daya Ketahanan Komuniti);
    o Pemuliharaan dan Pemulihan Pantai di Pantai Teluk (Melindungi Tanah Lembap Pantai Teluk);
    o Meningkatkan Perikanan di Mexico (Memperbaiki Perikanan dan Memperkasakan Komuniti); dan
    o Bekerjasama dengan rakan kongsi di Eropah yang menyokong projek pemulihan tiram asli di England, Scotland, Ireland, Perancis, Belanda, Jerman dan Sweden.
     
  • Menyertai Alliance for Water Stewardship dan berusaha untuk mencapai pensijilan bagi dua kemudahan pembuatan kami menjelang tahun 2025.
Untuk membaca lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay terhadap kemapanan, sila layari marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kemapanan global Mary Kay, Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Hari Esok yang Mapan.

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15712

No comments:

Post a Comment