Wednesday, March 2, 2022

FPT SOFTWARE TELAH DIIKTIRAF DALAM PANDUAN PASARAN GARTNER® 2022 UNTUK PENGURUSAN "CLOUD" AWAM DAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN PROFESIONAL, ASIA/PASIFIK UNTUK DUA KALI BERTURUT-TURUT.




HANOI, Vietnam, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Firma ICT terkemuka Vietnam, FPT Software, telah disenaraikan baru-baru ini didalam Panduan Pasaran Gartner® 2022 untuk Pengurusan “Cloud” Awam dan Pembekal Perkhidmatan Profesional (MSP) Asia/Pasifik. Syarikat ini telah diiktiraf didalam laporan untuk dua kali berturut-turut dan merupakan satu-satunya Vendor Perwakilan Diiktiraf yang berpangkalan di Vietnam yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 buah negara di seluruh dunia.

Diterbitkan pada Januari 2022 oleh Gartner, sebuah syarikat yang menyampaikan pandangan objektif yang boleh diambil tindakan kepada eksekutif dan pasukan mereka, penyelidikan itu menawarkan cadangan dan penemuan terkini bagi pembekal perkhidmatan terurus “cloud” awam di rantau Asia-Pasifik (APAC) untuk kepimpinan perniagaan, pemerolehan dan IT dalam mencari rakan kongsi yang paling sesuai.

Pasaran APAC, seperti yang dikenal pasti dalam penyelidikan, adalah tempat kepada banyak MSP yang kebanyakannya "beroperasi hanya dalam negara mereka sendiri, walaupun beberapa pemain yang kuat berkembang di luar pasaran negara mereka". Untuk memilih MSP mengikut keperluan mereka, pelanggan harus memberi perhatian kepada kecekapan penyedia / pembekal, yang "boleh berbeza dengan ketara disebabkan latar belakang syarikat, strategi perniagaan dan kematangan mereka".

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Operasi Perisian FPT Tran Dang Hoa, penggunaan awan telah menjadi satu langkah strategik bagi banyak syarikat di seluruh dunia, terutamanya yang berada di rantau APAC. "FPT Software telah membantu beberapa pelanggan-pelanggan kami didalam meneruskan initiatif mereka terhadap “cloud” teknologi.  Kami percaya pengiktirafan daripada Gartner ini seterusnya mengesahkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi dan vendor yang dipercayai", tambahnya.
 
"Kami komited untuk membangunkan pasukan khas kami untuk meluaskan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pelanggan dan memudahkan perjalanan transformasi digital mereka, sama ada melalui memanfaatkan Cloud, RPA, Blockchain atau mana-mana teknologi digital termaju yang lain", ikrar Hoa.

FPT Software telah memperolehi beberapa pengiktirafan antarabangsa untuk kecekapannya dalam Cloud, Low-code, RPA dan banyak lagi. Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan transformasi digital hujung ke hujung bertaraf dunia dan antara 50 syarikat digital teratas Asia menjelang 2023.
 
Penafian Gartner

Gartner, Panduan Pasaran untuk Perkhidmatan Terurus Awan Awam dan Profesional, Asia/Pasifik, DD Mishra, To Chee Eng, Kevin Ji, Wataru Katsurashima, Jaideep Thyagarajan, 31 Januari 2022.

Gartner adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Semua hak terpelihara Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan paling tinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu.

Maklumat mengenai FPT Software

FPT Software adalah sebuah penyedia perkhidmatan teknologi dan IT global yang beribu pejabat di Vietnam, dengan mencatat hasil USD 632.5 juta dan mempunyai 22,500 orang pekerja di 26 buah negara. Sebagai sebuah perintis di dalam transformasi digital, syarikat itu menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia dalam kilang Pintar, platform Digital, RPA, AI, loT, Awan, AR/VR, BPO dan banyak lagi. Ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih 700 pelanggan di seluruh dunia, seratus daripadanya adalah syarikat Fortune Global 500 di dalam industri Automotif, Perbankan dan Kewangan, Logistik & Pengangkutan, Utiliti dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fpt-software.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15610

No comments:

Post a Comment