Wednesday, March 30, 2022

PROGRAM HASIL SEPETANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN BADAN BERKANUN SABAH DI SEKITAR DAERAH TAWAU

TAWAU, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengadakan Program Libat Urus HASiL Cawangan Tawau bersama Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Sabah di sekitar Daerah Tawau melalui  penganjuran Majlis HASiL Sepetang Bersama pada 25 Mac 2022. 

Sesi libat urus ini bermatlamatkan untuk menjalinkan hubungan, memperluaskan jaringan kerjasama dan sebagai platform serta medium penyampaian maklumat percukaian terkini yang berkesan kepada agensi-agensi di Daerah Tawau. Objektif utama kerjasama ini juga adalah bagi mewujudkan perkongsian strategik dalam bentuk pentadbiran, perkongsian maklumat dan lain-lain libat urus semasa serta pada masa hadapan bagi pemantapan pendidikan percukaian di Negeri Sabah, khususnya di Daerah Tawau.

Selain itu, penganjuran program ini turut menjadi medium bagi mempromosikan HASiL dan Program Jom Klik HASiL 2022 agar tahap pematuhan cukai secara sukarela dapat ditingkatkan, khasnya dalam kalangan penjawat awam serta pembayar cukai yang lain selaras dengan aspirasi HASiL untuk menyebarluaskan pendidikan percukaian kepada semua peringkat umur. 

No comments:

Post a Comment