Thursday, March 3, 2022

DELPHIX MELANTIK ROBERT STEVENSON SEBAGAI NAIB PRESIDEN OPERASI JEPUN

Stevenson membawa lebih daripada tiga dekad dalam memimpin organisasi teknologi terkemuka dalam ekonomi ketiga terbesar dalam dunia

REDWOOD CITY, Calif., 2 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan pelantikan Robert Stevenson sebagai VP Operasi Jepun. Stevenson akan ditugaskan untuk memimpin fasa pertumbuhan Dephix yang seterusnya di Jepun dan menubuhkan pasukan untuk mempercepatkan perniagaan di ekonomi terbesar ketiga dunia.

"Robert membawa pengalaman pasaran tempatan dan kepemimpinan yang tiada tandingan, dan akan memainkan peranan yang penting ketika kami mengembang Delphix di Jepun," ujar Steven Chung, Presiden, Operasi Luar Seluruh Dunia di Delphix. "Automasi data, kelajuan dan keselamatan adalah teramat penting bagi organisasi untuk menyokong DevOps dan transformasi digital."

Stevenson membawa lebih tiga dekad dalam peranan keusahawanan dan kepemimpinan dalam organisasi teknologi ke perniagaan Delphix di Jepun – dengan pengalaman dalam syarikat membangun dan juga pemain teknologi yang mantap.

Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepemimpinan dalam pasaran Jepun di BEA, EMC-Dell, Lenovo dan Avaya, dan menerajui pertumbuhan syarikat permulaan seperti Documentum, Tanium dan Sumo Logic.

"Delphix sedang berkembang dalam pasaran Jepun dan kami hanya bermula mengejar peluang untuk menggunakan data bagi mendorong transformasi digital sebenar," ujar Stevenson. "Saya teruja untuk menggabungkan pengalaman saya dalam pasaran Jepun dengan misi Delphix untuk membuka kunci potensi data bagi syarikat. Kami ingin membantu setiap syarikat berubah menjadi syarikat data."

Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data utama industri untuk DevOps.

Data adalah kritikal untuk menguji keluaran aplikasi, pemodenan, pengamalan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps automatik untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, dan menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.

Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk Choice Hotels, J.B.Hunt, dan Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami di LinkedInTwitter, dan Facebook

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15619

No comments:

Post a Comment