Saturday, March 12, 2022

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FEDEX EXPRESS DONALD F. COLLERAN AKAN BERSARA PADA 31 DISEMBER, 2022




Richard W. Smith Dinamakan sebagai Pengganti


MEMPHIS, Tenn., 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa Donald F. Colleran, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Express, akan bersara berkuat kuasa 31 Dis, 2022, selepas sebuah kerjaya yang cemerlang selama hampir 40 tahun di FedEx. Richard W. Smith, presiden serantau bagi Amerika dan naib presiden eksekutif bagi sokongan global, akan menggantikan Colleran sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Express.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220310005966/en/

Colleran telah berkhidmat dalam beberapa peranan kepimpinan utama di FedEx sejak beliau menyertai Flying Tigers di dalam pemerolehannya oleh FedEx pada 1989. Pada 1992, beliau berpindah ke Tokyo dan memulakan kerjaya global selama 12 tahun di dalam pengurusan jualan dan operasi antarabangsa yang membawa beliau dari Tokyo ke Hong Kong ke Toronto, di mana beliau berkhidmat sebagai presiden FedEx Express Kanada. Sebagai seorang daripada perintis bagi perniagaan antarabangsa kami, Colleran membantu meletakkan asas bagi pertumbuhan ketara di dalam sektor itu bagi portfolio FedEx. Beliau kemudian berkhidmat sebagai seorang naib presiden kanan bagi jualan antarabangsa sebelum dilantik sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pegawai jualan untuk FedEx Corp. pada 2017. Beliau memegang jawatan sekarang sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FedEx Express pada 2019.

“Daripada melancarkan keupayaan baharu untuk pelanggan kami sehinggalah menerajui pasukan FedEx Express global kami semasa detik masa yang paling mencabar, termasuk pandemik COVID-19, Don telah memainkan peranan penting di dalam mencipta dan melaksanakan strategi pertumbuhan global kami yang luar biasa,” kata Raj Subramaniam, presiden dan Ketua Pegawai Operasi, FedEx Corp. “Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah menunjukkan satu komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan dan ahli pasukan kami. Saya sangat menghormati Don dan perbezaan mendalam yang telah beliau lakukan semasa berkhidmat di FedEx, terutamanya sebagai seorang wira yang teguh bagi budaya kami yang terkenal di dunia. Selain hasil perniagaan beliau yang mengagumkan selama beberapa dekad, Don meninggalkan satu legasi bimbingan dan membina sebuah pasukan pemimpin yang luar biasa yang bersedia untuk membawa perniagaan Ekspres kepada peringkat seterusnya. Kami mengucapkan selamat bersara kepada beliau berikutan kerjaya beliau yang lama dan terbilang.”

Richard W. Smith akan menjadi bakal presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Express pada 1 April, 2022, dan akan memikul tugas sepenuhnya pada 1 September, 2022. Colleran akan kekal di FedEx Express sebagai Penasihat Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif sehingga akhir Disember untuk membantu memastikan satu peralihan tanggungjawab yang lancar.

Smith menyertai FedEx pada 2005. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Logistics, dan dalam satu siri jawatan kepimpinan dalam sains hayat, penjagaan kesihatan dan penyelesaian pelanggan, termasuk berkhidmat sebagai naib presiden bagi perkhidmatan perdagangan global dan pengarah urusan bagi sains hayat dan perkhidmatan khusus.

“Richard mempunyai pemahaman yang mendalam tentang perniagaan kami dan telah memainkan satu peranan penting di dalam banyak inisiatif kami yang paling penting, termasuk strategi kenderaan elektrik kami dan usaha pengedaran vaksin kami yang menyelamatkan nyawa untuk memerangi pandemik COVID-19,” kata Subramaniam. “Dengan pasukan pengurusan eksekutif yang cemerlang yang kami sediakan untuk melaksanakan strategi kami, termasuk pemimpin seperti Richard, saya yakin dengan masa depan FedEx.”

Maklumat mengenai FedEx Corp.

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $90 bilion, syarikat itu menawarkan penyelesaian  perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat kendalian yang bersaing secara kolektif dan beroperasi secara kolaboratif dan berinovasi secara digital di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 600,000 anggota pasukan mereka untuk memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan mereka dan komuniti. FedEx komited untuk menghubungkan orang ramai dan kemungkinan di seluruh dunia dengan penuh tanggungjawab dan sumber, dengan satu matlamat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang 2040. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://about.fedex.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15664

No comments:

Post a Comment