Wednesday, March 30, 2022

KIOXIA MEMPERKENALKAN UFS VERSI 3.1 PERANTI INGATAN KILAT TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Kioxia Corporation: UFS Versi 3.1 Peranti Ingatan Kilat Terbenam untuk Aplikasi Automotif (Foto: Business Wire)


Peningkatan Prestasi Terus Membangunkan Aplikasi Automotif; Tingkatkan Pengalaman Pemandu

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan[¹]  Penyimpanan Kilat Universal Automotif[²] (UFS) Versi 3.1 peranti ingatan kilat terbenam. Barisan baharu itu menggunakan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D syarikat itu dan tersedia dalam kapasiti daripada 64 gigabait (GB) sehingga 512GB untuk menyokong pelbagai keperluan bagi aplikasi automotif yang berkembang yang meningkatkan pengalaman pemandu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220329005491/en/

Keperluan penyimpanan untuk aplikasi automotif terus meningkat apabila sistem infotainment dan ADAS[³] di dalam kereta menjadi lebih canggih. UFS sangat sesuai untuk menyokong keperluan berprestasi tinggi dan kepadatan bagi aplikasi ini. Peranti baharu itu menyokong julat suhu yang luas (-40°C hingga +105°C), memenuhi keperluan AEC[]-Q100 Gred2 dan menawarkan keupayaan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh aplikasi automotif yang semakin kompleks.

Prestasi membaca dan menulis berurutan bagi peranti Automotif UFS Versi 3.1 dipertingkatkan dengan ketara masing-masing sebanyak kira-kira 2.2x dan 6x, berbanding dengan peranti[] generasi sebelumnya. Peningkatan prestasi ini menyumbang kepada permulaan sistem yang lebih pantas dan kemas kini OTA (Di Atas Udara).

Nota
[¹] Sampel penghantaran bagi peranti 256GB, 128GB dan 64GB akan bermula dari 30 Mac, dengan peranti 512GB akan menyusul pada April.
[²] Penyimpanan Kilat Universal (UFS) adalah satu kategori produk untuk sebuah kelas produk ingatan terbenam yang dibina mengikut spesifikasi standard JEDEC UFS. Disebabkan oleh antara muka bersirinya, UFS menyokong pendupleksan penuh, yang membolehkan kedua-dua membaca dan menulis secara serentak di antara pemproses hos dan peranti UFS.
[³] Sistem Pembantu Pemanduan Lanjutan
[⁴] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Majlis Elektronik Automotif).
[⁵] Peranti 512GB Kioxia Corporation generasi sebelumnya “THGAFBT2T83BABI”

KIOXIA MEMPERKENALKAN UFS VERSI 3.1 PERANTI INGATAN KILAT TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

No comments:

Post a Comment