Monday, March 7, 2022

"FOODEX JEPUN 2022," PAMERAN MAKANAN & MINUMAN TERBESAR ASIA, AKAN DIBUKA DI MAKUHARI MESSE DI WILAYAH CHIBA DARI 8 MAC

 CHIBA, Jepun, 7 Mac, 2022 /Kyodo JBN/ --

“FOODEX JEPUN 2022,” edisi ke-47 bagi sebuah pameran makanan & minuman terkemuka di Jepun, akan mengumpulkan 1,461 syarikat dari 41 buah negara dan wilayah dengan 1,787 gerai (sehingga 22 Feb.), bertujuan untuk membuat cadangan baharu kepada industri makanan yang telah mencapai inovasi baharu di tengah-tengah pandemik COVID-19. Pameran itu akan diadakan di Makuhari Messe di Wilayah Chiba selama empat hari dari 8 Mac 2022, dan ia akan menampilkan arah aliran makanan seperti satu rangkaian luas bagi “makanan beku” nilai tambah dan “makanan gantian” sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), serta “teknologi makanan” yang bergaya akhir-akhir ini.

Ramai pembeli dan eksekutif Jepun dan asing telah melawat pameran FOODEX JEPUN sebelum ini untuk perolehan, dan pameran itu telah mendapat pengiktirafan tinggi oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai satu peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. “FOODEX JEPUN” akan mengadakan satu pameran “sebenar”, serta satu pameran maya untuk rundingan dalam talian. FOODEX JEPUN 2022 menyumbang kepada pembangunan selanjutnya bagi industri makanan dengan menyediakan maklumat terkini tentang makanan dan perkhidmatan yang lebih baik.

1. FOODEX JEPUN 2022 (Pameran Makanan dan Minuman Antarabangsa Ke-47)
- Tarikh/Masa: 8 Mac - 11 Mac 2022 dari 10:00 hingga 17:00 (sehingga 16:30 pada hari terakhir)
*Zon waktu ialah Waktu Standard Jepun (JST).

- Tempat: Makuhari Messe
https://www.m-messe.co.jp/en/access/

- Saiz pameran: 41 buah negara dan wilayah
1,461 syarikat/1,787 gerai (dari Jepun: 830 syarikat/1,072 gerai; dari luar negara: 631 syarikat/715 gerai)
 
Untuk butiran lanjut, sila layari: https://www.jma-buyers.com/foodex/lp/en/index.html
Laman web rasmi: https://www.jma.or.jp/foodex/en/
 
2. Projek berprofil tinggi di pameran itu
- Anugerah Sejuk Beku FOODEX
Ini direka bentuk semula daripada Anugerah Beauty-Gourmet. Pemenang bagi grand prix makanan sejuk beku itu, yang dipilih oleh 100 pembeli, akan diumumkan pada 10 Mac.
 
- FOODEX TECH
FOODEX JEPUN mempamerkan banyak barangan yang direka untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pemprosesan dan pengedaran makanan, termasuk robot berautonomi terbaharu, sistem AI/loT, kemudahan pemprosesan makanan dan bahan dan bekas pembungkusan generasi akan datang yang mesra alam sekitar dan bebas plastik. Pameran itu menyediakan satu peluang untuk menyaksikan teknologi terkini, bahan pembungkusan, dan sebagainya secara serentak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.jma.or.jp/foodex/en/exhibit/pickup.html
 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment