Thursday, March 24, 2022

PEBSTEEL MENDEDAHKAN IDENTITI JENAMA SERBA BAHARU UNTUK FASA PEMBANGUNAN BAHARU

BANDAR RAYA HOCHIMINH, Vietnam, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PEB Steel Buildings Co. Ltd. (Pebsteel), sebuah syarikat terkemuka dalam industri pembinaan keluli pratereka bentuk melancarkan identiti jenama yang diperbaharui ke pasaran. Penjenamaan semula itu menyokong visi jangka panjang Pebsteel untuk menawarkan kepada pelanggan penyelesaian yang inovatif, mampan dan efektif dari segi kos, semasa fasa pembangunan baharu.


Sektor pembinaan dan perindustrian dijangka pulih dengan kukuh selepas COVID, dan menghasilkan permintaan yang besar untuk bangunan keluli dan struktur keluli pratereka bentuk. Menurut Global Industry Analysts, pasaran dunia bagi pembinaan keluli pratereka bentuk dianggarkan berkembang daripada $27.1 bilion pada 2020 kepada $49.1 bilion pada 2026 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 10.1%. Asia Pasifik merupakan pasaran yang paling pesat berkembang bagi bangunan dan struktur keluli pratereka bentuk disebabkan oleh perindustrian dan pembandaran pesat dalam ekonomi memuncul.

Selain itu, bangunan pratereka bentuk menjadi semakin popular dalam pasaran pembinaan kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan. Ia lebih efektif dari segi kos dan cekap tenaga berbanding kaedah pembinaan konvensional. Gudang, kompleks pejabat dan hangar adalah antara bangunan yang telah menggunakan kaedah ini.

Pebsteel merupakan sebuah syarikat yang telah lama bertapak, dengan rekod kukuh dalam pembinaan 6,000 bangunan dan struktur keluli pratereka bentuk di lebih 50 negara. Antara projek ulung Pebsteel termasuklah kilang Unilever tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 68 meter; rentang lega terbesar berukuran 128 meter untuk hangar Lufthansa di Filipina; dan bangunan FCB Warehouse terpanjang di Thailand dengan panjang keseluruhan berukuran satu kilometer. Pebsteel juga memecahkan rekodnya sendiri dengan membina menara pejabat setinggi 14 tingkat di Manila, serta mencipta koridor melengkung yang unik untuk kompleks hotel dan resort Okada Manila.

Pebsteel diasaskan pada 1994 oleh Sami Kteily dan Adib Kouteli di Eropah dengan pemegang kepentingan dari Jepun (Nippon Steel dan Okaya & Co. Ltd). Ia beroperasi di 10 buah pejabat jualan di peringkat rantauan dan mempunyai ibu pejabat di Vietnam. Sami Kteily, Pengerusi Eksekutif Pebsteel berkata: "Penjenamaan semula ini merupakan satu pencapaian penting bagi Pebsteel. Setelah berkembang selama 27 tahun, Pebsteel mengesahkan kedudukan utamanya sebagai penyedia penyelesaian menyeluruh bagi bangunan keluli dan struktur keluli pratereka bentuk. Di tengah-tengah pasaran pembinaan yang sentiasa berkembang pesat, Pebsteel telah memperkenalkan slogan jenama baharu – ENGINEERED BUILDING SOLUTIONS (PENYELESAIAN BINAAN TEREKA BENTUK) – untuk mencerminkan aspirasinya bagi mencipta penyelesaian yang berkesan untuk masa depan yang makmur. Syarikat itu juga telah mengemas kini logo bagi menunjukkan usahanya untuk berkembang dan bergerak ke arah kemakmuran bersama-sama pelanggan, rakan kongsi dan pekerja."

Hubungan media : marketing@pebsteel.com.vn 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f73e0d2a-94de-4cf7-905f-4097b942c582 

SUMBER : PEB Steel Buildings Co., Ltd

No comments:

Post a Comment