Tuesday, March 15, 2022

DEXCOM G7 MENERIMA TANDA CE - SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN GENERASI MENDATANG UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN DIABETES

Dengan Dexcom G7, bacaan glukosa masa nyata dihantar secara automatik ke sebuah peranti paparan yang serasi. (Foto: Business Wire)

· CGM masa nyata paling laris di dunia¹ kini lebih berkuasa dan lebih mudah untuk digunakan dengan sebuah aplikasi mudah alih yang kecil, peranti boleh pakai semua-dalam-satu dan direka bentuk semula sepenuhnya
· Sistem baharu mempunyai pemanasan sensor paling pantas di pasaran,* dengan tiada hujung jari atau pengimbasan diperlukan
· Dexcom G7 dibina di atas prestasi yang dipercayai oleh Dexcom CGM, yang terbukti secara klinikal dapat menurunkan A1C, mengurangkan hiper dan hipoglisemia, serta meningkatkan masa dalam julat²,³

EDINBURGH, Scotland & SAN DIEGO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DexCom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju dunia di dalam pemantauan glukosa berterusan dalam masa nyata untuk penghidap diabetes, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Tanda CE (Conformité Européenne) untuk Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM) Dexcom G7 bagi mereka yang mempunyai diabetes di Eropah berumur dua tahun dan ke atas, termasuk wanita hamil.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220309005998/en/

Dexcom G7 menawarkan satu cara yang lebih baik untuk membantu pengguna mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap diabetes mereka, supaya mereka boleh menguruskannya dengan lebih yakin setiap hari. Peranti boleh pakai yang berprofil rendah, semua-dalam-satu memanaskan dengan lebih pantas berbanding dengan  mana-mana CGM lain yang berada di pasaran,* dengan menghantar bacaan glukosa masa nyata secara automatik kepada sebuah peranti pintar atau penerima yang serasi, tanpa hujung jari diperlukan. Dexcom G7 juga menawarkan satu suit makluman yang boleh disesuaikan yang boleh memberi amaran tentang tahap glukosa tinggi atau rendah dan membantu pengguna menghabiskan lebih banyak masa dalam julat.§,² Keupayaan pemantauan dan pelaporan jarak jauh yang terkemuka di dalam industri juga membolehkan pengguna untuk sentiasa berhubung dengan mereka yang tersayang dan pasukan penjagaan mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.||

“Hari ini menandakan satu kejayaan yang luar biasa bagi syarikat kami dan untuk penghidap diabetes di Eropah,” kata Kevin Sayer, pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dexcom. “Platform serba baharu ini menawarkan sebuah CGM yang sangat berkuasa yang mudah untuk digunakan, menyediakan kepada pengguna kami data glukosa yang berwawasan pada satu skrin yang membantu mereka menghabiskan lebih sedikit masa menguruskan diabetes dan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang mereka suka. Dexcom G7 mengambil segala yang orang suka tentang G6 dan menjadikannya lebih baik.”

DEXCOM G7 MENERIMA TANDA CE - SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN GENERASI MENDATANG UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN DIABETES

No comments:

Post a Comment