Thursday, March 31, 2022

KELUARAN BAHARU BAGI SATU CIRI GALERI NFT DARIPADA PAUTAN DI DALAM PERANTI BIO "ABOUTME" MEMENUHI KEINGINAN PENGUMPUL NFT UNTUK MEMAPARKAN KOLEKSI MEREKA DENGAN PENYEPADUAN API OPENSEA. MEMPAMERKAN KOLEKSI NFT ANDA MENJADI LEBIH MUDAH.

aboutme-Galeri NFT



https://aboutme.style/

TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 31 Mac, 2022, Bloom&Co. Corporation (Ibu Pejabat: Shibuya-ku, Tokyo, Jepun) mengumumkan pengeluaran satu ciri baharu, “Galeri NFT*”, daripada “aboutme”, satu pautan di dalam produk bio untuk pempengaruh dan pencipta. “aboutme” telah baru-baru ini dibangunkan dan dilancarkan untuk meraikan bakat kreatif dan memperluaskan kemungkinan bagi individu untuk menzahirkan diri mereka dalam era baru keindividuan. Ciri baharu itu akan memberikan pencipta dengan satu cara yang selanjutnya untuk memaparkan hasil kerja mereka dan berkomunikasi secara autentik dengan audiens mereka.
*Serasi dengan pelayar dan Android pada masa ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220328005951/en/ 

Mempamerkan koleksi NFT anda di dalam Galeri NFT kini boleh dilakukan melalui satu penyepaduan yang lancar dengan tempat pasaran NFT terbesar di dunia, OpenSea.
NFT telah mendapat banyak perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan dengan banyak pempengaruh dan pencipta berkembang pesat ke dalam ruang maya, tetapi mereka masih meneroka cara terbaik untuk memanfaatkan NFT mereka.
“aboutme” membolehkan anda untuk memanfaatkan Galeri NFT ini untuk mempamerkan aktiviti NFT anda dengan menggabung dan mengekalkan ketekalan dengan ekuiti jenama, watak dan personaliti anda di media sosial.
 
Dengan menghubungkan OpenSea melalui API, tempat pasaran NFT terbesar di dunia itu, anda boleh memaparkan koleksi NFT anda daripada OpenSea pada halaman ‘aboutme’ anda dan menjadikannya tersedia untuk dilihat oleh semua pengikut anda pada sepintas lalu. Mengakses NFT anda hanya dengan satu klik sahaja untuk pengikut anda.

Ciri-ciri bagi fungsi “Galeri NFT” yang baharu

#1 Koleksi NFT anda pada sepintas lalu.
Anda boleh mempamerkan koleksi NFT anda pada profil anda mengikut kehendak anda dengan memilih dan menukarkan susunan paparan itu. Kerja seni NFT diimport secara automatik daripada OpenSea dan dipaparkan dengan satu lencana NFT.
 
#2 Penyepaduan API dengan OpenSea, tempat pasaran NFT terbesar di dunia.
Sangat mudah dan pantas untuk mempamerkan NFT anda. Manfaatkan dompet anda untuk melengkapkan proses pengimportan sekaligus tanpa sebarang masalah.
 
#3 Sinergi dengan aktiviti dan pautan lain meningkatkan daya tarikan bagi koleksi NFT anda.
Tingkatkan daya tarikan hasil kerja anda dengan menghubungkan kesemua aktiviti anda secara holistik di dalam media sosial, ruang maya dan penerbitan lampau dll.
 
Apa itu “aboutme”

Pautan ringkas dan mudah di halaman bio yang anda boleh wujudkan pada telefon anda. Bersedia untuk dikongsi dalam masa beberapa minit.
Mudah dan intuitif. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memilih atau mereka bentuk satu tema warna pilihan anda dan tampal pautan dan imej yang ingin anda kongsikan.
 
Menzahirkan diri anda dan berkongsi impresi yang ingin anda sampaikan. Peluang baharu untuk penyataan mula untuk terungkap pada sepintas lalu dengan “aboutme”.
Reka halaman “aboutme” anda untuk berkomunikasi dengan berani dan secara autentik. Biarkan pengikut anda menemui penawaran anda dengan pelbagai pautan yang unik. Imej dan ikon yang dipaparkan di sebelah pautan anda ialah sebuah pemboleh yang hebat untuk menetapkan nada yang autentik dan menyatakan diri anda pada “aboutme”. Memaparkan koleksi NFT juga adalah mudah dan unik dengan ‘aboutme’ melalui penyepaduan API OpenSea.
 
Cara yang tidak terhad untuk menyesuaikan rupa dan rasa halaman “aboutme” anda!
Adakah anda lebih suka memilih satu tema warna yang terindah daripada satu set yang sedia ada, atau menyesuaikan “aboutme” anda sebagaimana yang anda inginkan? Pilih satu tema untuk memadankan mood anda atau impresi dan reka bentuk yang diinginkan. Terdapat pilihan yang tidak terhad untuk dipilih.
 
Muat turun URL

Versi pelayar : https://aboutme.style/
App Store : https://apps.apple.com/app/id1573524704
Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.fctry.aboutme
 
Data imej rujukan

Anda boleh memuat turun daripada pautan berikut.
Google Drive: https://l.aboutme.style/PesiMv
 
[Bloom&Co. Profil Syarikat]

Nama syarikat : Bloom&Co.
Alamat : F-201 Hillside Terrace, 18-8 Sarugaku-cho, Shibuya-ku, Tokyo, Jepun
 
Laman rasmi : https://aboutme.style/
Instagram : https://www.instagram.com/aboutme.style_official/
aboutme rasmi : aboutme.style/aboutme

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220328005951/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi
Bloom&Co. Perhubungan Awam: Yuriko Shimizu
e-mel : pr@bloom-and-co.com
 
Sumber : Bloom&Co., Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA




No comments:

Post a Comment