Saturday, March 19, 2022

UMW MENERUSKAN USAHA PENANAMAN POKOK DENGAN MENGADAKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA UMW TOYOTA MOTOR

 

Program penanaman pokok bakau bersama En. Akio Takeyama (ketiga dari kiri) and En. Zailani Ali (keempat dari kiri).

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan ke arah mengekalkan kelestarian alam sekitar, UMW Holdings Berhad (“UMW”) bersama anak syarikatnya, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (“UMWT”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan program penanaman pokok di Taman Alam Kuala Selangor.
 
Program setengah hari itu diketuai oleh Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMWT Ketika itu dan Zailani Ali, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UMW.
 
Taman Alam Kuala Selangor yang berkeluasan sebanyak 296 hektar itu terdiri daripada hutan paya bakau, dataran pasang surut dan habitat hutan sekunder serta tempat perlindungan bagi spesies burung dan haiwan lain.  Di dalam hutan paya bakau itu, terdapat empat spesis bakau yang berbeza dan 13 jenis pokok bakau kesemuanya.  Kawasan pokok bakau dan dataran pasang surut ini merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ekosistem yang mengitar semula nutrien dan menyediakan perlindungan terhadap tanah daripada terhakis.
 
Dengan keadaan pokok bakau yang semakin berkurangan di negara ini, usaha pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau ini perlu disegerakan kerana ianya memainkan peranan yang penting bagi kestabilan ekosistem kawasan pantai dan kepelbagaian biologi serta sumber makanan hidupan.  Dengan matlamat untuk memulihkan tapak pokok bakau yang bernilai di kawasan itu, program tersebut dijayakan oleh 50 orang sukarelawan, terdiri daripada pekerja daripada kedua-dua organisasi yang telah menanam hampir 600 anak pokok Bakau minyak atau spesies Rhizophora Apiculata.  Kedua-dua UMW dan UMWT meneruskan usaha untuk menangani perubahan iklim dan menyumbang kepada usaha kami ke arah karbon sifar, dan penanaman pokok adalah salah satu usaha ke arah mencapai matlamat ini.  Sehingga 2021, hampir 35,000 pokok telah ditanam oleh Kumpulan UMW sejak inisiatif penanaman pokok digiatkan beberapa tahun lalu dan separuh daripadanya terdiri daripada pokok bakau.
 
“Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok merupakan antara salah satu inisiatif Kumpulan UMW untuk menangani pelepasan gas rumah hijau (“GHG”).  Oleh itu, kami ingin mempercepat dan meningkatkan usaha penanaman pokok ini pada masa yang akan datang, dengan kerjasama daripada UMWT dan Perodua.  Selain itu juga, kami merancang untuk memperluaskan kerjasama kami untuk melibatkan agensi kerajaan dan negeri serta badan bukan kerajaan bagi memastikan kejayaan dan kemampanan terhadap usaha kami.  UMW komited dengan sasaran neutraliti karbon sifar menjelang 2050 seperti yang terkandung dalam rangka kerja transformasi strategik CREST@2021 Kumpulan.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15679

No comments:

Post a Comment