Wednesday, March 2, 2022

KUMPULAN PELABUR DIKETUAI OLEH ADVENT INTERNATIONAL DAN PERMIRA MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN MCAFEE

· Urus niaga itu dinilaikan pada lebih $14 bilion
· Kumpulan Pelabur terdiri daripada Advent, Permira, Crosspoint Capital, CPP Investments, GIC dan ADIA
 
SAN JOSE, Calif., 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- McAfee Corp. (NASDAQ:MCFE, “McAfee”), sebuah peneraju dunia di dalam perlindungan dalam talian, hari ini mengumumkan penyempurnaan bagi pemerolehan mereka oleh sebuah kumpulan pelabur yang diketuai oleh Advent International Corporation (“Advent”) dan dana yang dinasihatkan oleh Permira, Crosspoint Capital Partners LP (“Crosspoint”), Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada (“CPP Investments”), GIC Private Limited (“GIC”), dan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (“ADIA”) (secara kolektif, “Kumpulan Pelabur” itu).

“Kami sangat teruja dengan pemerolehan ini dan bekerjasama dengan Kumpulan Pelabur itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan pertumbuhan utama pasaran kami ketika kami terus menyampaikan perkhidmatan perlindungan dalam talian yang bertaraf dunia kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McAfee, Peter Leav. “Pemerolehan ini dibolehkan kerana sumbangan cemerlang daripada pekerja kami, serta perkongsian daripada TPG dan Intel sejak empat tahun yang lalu. Kami menantikan bab seterusnya sebagai sebuah perniagaan pengguna yang dimiliki secara persendirian dan berdedikasi dengan sokongan dan kepakaran oleh Kumpulan Pelabur itu,” kata Leav.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Bruce Chizen, Penasihat Kanan di Permira, akan menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengarah McAfee. Chizen berkata: “Keperluan untuk perkhidmatan perlindungan dalam talian yang diperibadikan, berinovatif dan intuitif tidak pernah menjadi lebih penting, dan McAfee berada pada kedudukan yang ideal untuk memenuhi permintaan ini dan terus membina platform teknologi terkemuka dan pangkalan pelanggan setia mereka. Saya bersyukur kerana menyertai Lembaga Pengarah itu dan berharap dapat menyumbang kepada kejayaan seterusnya yang tidak dapat dinafikan oleh syarikat itu.”

“Ketika pengguna mengemudikan landskap keselamatan siber yang semakin canggih dan kompleks itu, mereka berulang kali beralih kepada McAfee,” kata Bryan Taylor, Ketua bagi Pasukan Pelaburan Teknologi Advent dan seorang Rakan Pengurusan di Palo Alto. “Jenama McAfee itu adalah sinonim dengan kepercayaan dan perlindungan. Kami teruja untuk membantu membina reputasi syarikat itu untuk kualiti, kecemerlangan dan inovasi bagi membantunya mencapai tahap yang baharu.”

Brian Ruder, Ketua Bersama bagi Teknologi di Permira, mengulas: “Hari ini menandakan permulaan bagi satu bab yang menarik untuk McAfee, dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya. Sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah, Bruce membawa berdekad pengalaman dalam meneraju dan mengembangkan jenama teknologi global, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Adobe dan sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah Oracle dan Synopsys, antara lain. Bersama-sama dengan rakan pelaburan kami dan pasukan berbakat McAfee, kami akan membantu syarikat itu meningkat dan mengukuhkan operasi mereka, mempertingkatkan lagi keselamatan bagi kehidupan digital pengguna di seluruh dunia.”

Turut menyertai Lembaga Pengarah McAfee ialah Greg Clark, Rakan Pengurusan di Crosspoint Capital dan bekas ketua pegawai eksekutif di Symantec. “Kami percaya peluang itu bagus bagi McAfee untuk mengembangkan kedudukan utama mereka di dalam melindungi rakyat daripada jenayah siber. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan pengurusan McAfee dan Kumpulan Pelabur untuk menyampaikan apa yang kami percaya adalah satu peluang yang benar-benar unik dalam keselamatan siber digital.”

Pada 8 November, 2021, Kumpulan Pelabur itu telah mengumumkan pemerolehan bagi semua saham tertunggak bagi saham biasa McAfee untuk $26.00 sesaham dalam satu urus niaga yang melibatkan sepenuhnya tunai yang bernilai lebih $14 bilion. Hasil daripada urus niaga itu, McAfee bukan lagi menjadi sebuah syarikat dagangan awam. McAfee telah memaklumkan kepada NASDAQ mengenai penyempurnaan pengambilalihan itu dan meminta agar NASDAQ memfailkan satu pemberitahuan bagi penyahsenaraian dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa bagi pihak McAfee.

KUMPULAN PELABUR DIKETUAI OLEH ADVENT INTERNATIONAL DAN PERMIRA MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN MCAFEE

No comments:

Post a Comment