Saturday, March 12, 2022

EMGA MENASIHATI ANNAPURNA FINANCE BERKAITAN PENINGKATAN HUTANG MEREKA SEBANYAK EURO 15 JUTA DENGAN PEMBIAYAAN DARIPADA OEEB

LONDON, 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Annapurna Finance memperoleh EURO 15 juta hutang permulaan daripada OeEB Bank Pembangunan Austria, kemudahan ini akan memberikan bantuan kewangan kepada pelanggannya dalam sektor kewangan mikro. EMGA menjadi penasihat dalam transaksi ini.

Kemudahan hutang sebanyak EUR 15 juta datang pada masa institusi kewangan di seluruh dunia sedang meneroka pilihan pendanaan rentas sempadan baharu untuk terus mencapai objektif mereka.

“Meningkatkan rangkuman kewangan merupakan salah satu matlamat strategik utama kami. Oleh itu, kami berbangga untuk bekerjasama dengan Annapurna – rakan kongsi yang berpengalaman dalam bidang kewangan mikro,” kata Sabine Gaber, ahli Lembaga Eksekutif OeEB. “Terutamanya wanita sering kali mempunyai akses yang sangat terhad kepada perkhidmatan kewangan, itulah sebabnya kami sangat gembira kerana dana kami akan menyokong usahawan wanita dan menyumbang kepada peningkatan kesaksamaan jantina di India.”

Mengulas tentang transaksi tersebut, Ketua Pegawai Operasi Annapurna Satyajit Das berkata, “Annapurna sangat gembira dan mengalu-alukan OeEB sebagai rakan kongsi hutang baharu.” Beliau seterusnya berkongsi bahawa, “Kami terus berkembang walaupun dalam situasi pandemik dan pembiayaan yang disediakan oleh OeEB akan membantu meningkatkan aktiviti kami sambil menjana impak positif yang kukuh.” Beliau turut memuji pasukan penasihat EMGA dalam memeterai perjanjian tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan EMGA Sajeev Chakkalakal berkata, “Sesuatu yang amat membanggakan apabila dapat menyampaikan visi Annapurna tentang pemerkasaan ekonomi di India dan berjaya menstruktur dan berunding berkaitan penyelesaian pembiayaan ini dengan OeEB.” Pengarah Urusan Jeremy Dobson menambahkan “Pengurusan Annapurna yang teguh dan kedudukan kewangan yang kukuh merupakan faktor utama yang membolehkan Sajeev dan pasukan Perbankan Pelaburan EMGA melengkapkan pembiayaan ini seiring dengan rangka kerja institusi yang mendalam dan kapasiti kewangan yang diwakili oleh OeEB.”

Annapurna Finance ialah salah satu daripada sepuluh NBFC-MFI terbaik di India. Annapurna Finance ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan membawa mereka ke arus perdana, menyediakan perkhidmatan kewangan berasaskan keperluan di lokasi berdekatan mereka. Ia kini beroperasi di 19 buah negeri dan mengurus aset bernilai melebihi EURO 640 juta dalam bidang kewangan mikro dan PKS. Ia beribu pejabat di luar Bhubaneswar, Odisha.

Oesterreichische Entwicklungsbank AG (OeEB) telah beroperasi sebagai Bank Pembangunan Austria sejak Mac 2008. Ia mempunyai kepakaran dalam penyediaan kewangan jangka panjang untuk pelaksanaan projek sektor swasta di negara membangun yang mewujudkan pembangunan lestari. Selain itu, OeEB menyediakan bantuan teknikal yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesan pembangunan projek. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.oe-eb.at/

Penasihat Global Pasaran Baru Muncul (EMGA), dengan pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan badan korporat yang mencari modal hutang atau ekuiti. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman selama berdekad-dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak pelanggan mereka dalam pasaran baru muncul dan ekonomi sempadan dunia, termasuk India yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai salah satu tumpuan utama dalam pasaran yang pesat membangun dan terkemuka bagi bank pelaburan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15663

No comments:

Post a Comment