Tuesday, July 11, 2023

BLACK & VEATCH MELANTIK VETERAN INDUSTRI SEBAGAI PRESIDEN, SYARIKAT ASIA-PASIFIK DAN INDIA MENJANGKAU PERTUMBUHAN MERENTASI RANTAU

Narsingh Chaudhary menggantikan Hoe Wai Cheong yang akan bersara pada penghujung tahun 2023



BANGKOK, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian infrastruktur manusia yang kritis telah menamakan veteran industri, Narsingh Chaudhary sebagai Presiden baharu syarikat di Asia Pasifik dan India.

Chaudhary yang telah berkhidmat selama empat tahun sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan syarikat di Asia Pasifik, telah membawa lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri infrastruktur sepanjang beliau memegang jawatan untuk syarikat tersebut. Beliau menggantikan Hoe Wai Cheong yang akan bersara pada penghujung 2023 selepas lebih 16 tahun bersama Black & Veatch dan hampir 40 tahun berada dalam industri tenaga dan kimia.

"Narsingh mempunyai pengetahuan industri yang mendalam dan rekod prestasi yang memberangsangkan dalam membantu pelanggan menangani keadaan pasaran yang berubah dengan pantas", kata Mario Azar, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Black & Veatch. "Kepimpinan beliau dan portfolio pelbagai penyelesaian kami akan membantu pelanggan menghadapi cabaran terbesar mereka seiring dengan tumpuan Asia terhadap arah aliran mega yang membentuk semula dunia termasuk penyahkarbonan, daya tahan grid tenaga, komunikasi segera, pengangkutan bersih, kekurangan bekalan air, dan keselamatan siber."

Chaudhary yang berpusat di Bangkok berkata, “Saya berharap untuk terus memperkukuhkan rekod prestasi syarikat yang berjaya di Asia Pasifik dan India. Pasukan profesional kami, yang disokong oleh jangkauan dan pengalaman bertaraf global, komited untuk mendengar dan memahami keperluan pelanggan kami serta memberikan penyelesaian yang selamat, boleh dipercayai, berdaya tahan dan mampan."

"Sumbangan Hoe Wai kepada industri dan kepada Black & Veatch diiktiraf setinggi-tingginya dan kepimpinan beliau telah mengukuhkan lagi asas syarikat yang telah dibina sejak projek pertama kami di rantau ini hampir 60 tahun yang lalu," kata Azar.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Nota Editor:

· Black & Veatch mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja profesional yang berpusat di seluruh rantau ini.
· Klik untuk memuat turun imej Hoe Wai Cheong dan Narsingh Chaudhary.

Mengenai Black & Veatch
Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan bertaraf global yang 100 peratus dimiliki oleh pekerja yang mempunyai lebih daripada 100 tahun rekod prestasi dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan masyarakat di seantero dunia dengan menangani isu daya tahan dan kebolehpercayaan aset terpenting kami. Pendapatan kami pada tahun 2022 ialah AS$4.3 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Untuk dihubungi
Maklumat untuk dihubungi Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
24-JAM E-MEL MEDIA | Media@bv.com
 
Sumber: Black & Veatch

No comments:

Post a Comment