Monday, July 17, 2023

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

Seramai 65 pelajar tahun akhir kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam berkongsi idea inovasi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi seiring dengan inisiatif memperkasa minda produktif.

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini memberi perhatian dalam pembangunan modul baharu berkaitan produktiviti yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pengarah MPC, Puan Saliza Saari berkata, transformasi minda ini dijalankan secara holistik dan ia perlu bermula awal di peringkat institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi dan industri.

“MPC percaya peranan membudayakan peningkatan produktiviti perlu dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minda produktif secara meluas.  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menekankan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi”, katanya.

Menurut beliau modul baharu itu merupakan kolaborasi antara MPC & School of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan chapter berkaitan dengan produktiviti telah dimasukkan sebagai salah satu modul pembelajaran bagi pelajar semester akhir di fakulti Mechanical Engineering.

“Dalam konteks Malaysia, isu-isu yang dihadapi oleh industri, seperti bakat yang dihasilkan oleh institusi tinggi tidak bersedia untuk memenuhi keperluan industri, kekurangan tenaga kerja pelbagai kemahiran dan pasaran global yang kompetitif hanya boleh membawa maksud satu perkara: industri dan institusi akademik perlu bekerjasama dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dan produktif”, ucapnya semasa Productive Mindset Program: Productivity and Innovation Exposition for Smart Manufacturing Research InstituteCollege of Engineering, UiTM.

Ekspo produktiviti dan inovasi ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia bersama Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (Smart Manufacturing Research Institute), Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Menara Berkembar Kolej Kejuruteraan di Menara Kejuruteraan, Kolej Kejuruteraan (UiTM). Ia menampilkan pembentangan inovasi oleh 14 kumpulan dengan jumlah 65 pelajar daripada kursus tahun akhir elektif: Pembuatan Bertaraf Dunia dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam di bawah seliaan MPC, Prof.  Madya Ir. Dr Noor Azlina (Ketua Kursus) dan Dr Norliana Mohd. Abbas. 14 Anugerah Emas telah dianugerahkan oleh MPC kepada kumpulan- kumpulan ini berdasarkan kriteria  Kumpulan Inovatif Kreatif Antarabangsa (International Innovation Creative Circle (ICC)).

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

No comments:

Post a Comment