Wednesday, July 5, 2023

NIQ DAN GFK MENERIMA PELEPASAN UNTUK RANCANGAN PENGGABUNGAN DARIPADA SURUHANJAYA EROPAH

 · Pelepasan daripada Kesatuan Eropah (EU) menandakan pencapaian penting ke arah penyempurnaan penggabungan NielsenIQ dan GfK

· NielsenIQ dan GfK menjangkakan untuk menyelesaikan transaksi ini dalam tempoh beberapa hari yang akan datang

CHICAGO & NUREMBERG, Germany, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ) dan GfK SE (GfK) pada hari ini, telah menerima pelepasan daripada Suruhanjaya Eropah untuk rancangan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut.

Suruhanjaya Eropah telah meluluskan cadangan penggabungan NIQ dan GfK, dengan itu membenarkan penyempurnaan transaksi untuk mewujudkan syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia. Keputusan pelepasan tersebut adalah tertakluk kepada syarat pemberhentian pelaburan perniagaan Panel Pengguna GfK terhadap pihak ketiga yang bebas. Syarat tersebut tidak mempunyai kesan penggantungan ke atas penyempurnaan penggabungan NielsenIQ dan GfK.

Pada masa ini, kedua-dua syarikat akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan transaksi diselesaikan tanpa kelewatan.

Maklumat Tentang NIQ

NIQ, syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan untuk peruncit dan pengilang barangan pengguna. Bersama operasi di lebih daripada 100 negara, NIQ menyampaikan pemahaman paling lengkap dan jelas tentang tabiat membeli pengguna melalui platform risikan perniagaan lanjutan dengan analisis ramalan berintegrasi. NIQ menyampaikan Paparan Penuh.

NIQ diasaskan pada tahun 1923 dan merupakan syarikat portfolio Advent International. Untuk maklumat lebih lanjut NIQ.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Bagi NielsenIQ
Gillian Mosher
Naib Presiden, Komunikasi
Telefon Mudah Alih: +1 647-282-9714
gillian.mosher@nielseniq.com

Bagi GfK
Kai Hummel
Naib Presiden Komunikasi & Hal Ehwal Awam
Telefon Mudah Alih: +49 170 7700194
public.relations@gfk.com
 
Sumber: NielsenIQ

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment