Thursday, July 13, 2023

PESTA CERITA & PERMAINAN RAKYAT UNTUK KANAK-KANAK PERINGKAT ANTARABANGSA YILAN 2023 - "PERMAINAN DALAM METASEMESTA, KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK ANDA (GAMING IN THE METAVERSE, REDISCOVER YOUR INNER CHILD)"




YILAN, Taiwan, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Musim panas ini menandakan ulang tahun yang ke-28 Pesta Cerita & Permainan Rakyat untuk Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa Yilan (YICFFF). Diadakan buat kali ke-22 pada tahun ini, Pesta tersebut dibuka pada 1 Julai dan akan berlangsung hingga 13 Ogos di Taman Sungai Dong-Shan. Tema yang ditetapkan ialah mengenai "Permainan dalam Metasemesta, Kembali ke Zaman Kanak-kanak Anda (Gaming in the Metaverse, Rediscover Your Inner Child)” untuk menggabungkan teknologi, Pesta ini juga memperkenalkan elemen menarik lain seperti pengembaraan dan Metasemesta ke dalam empat paksi utama: Permainan, Pameran, Persembahan dan Pertukaran.

Perkara yang menarik lagi ialah, YICFFF 2023 telah menjemput 18 rombongan seni rakyat antarabangsa dari 13 negara, di samping artis tempatan di Yilan, pasukan yang cukup terkenal pada peringkat antarabangsa dan penghibur jalanan Taiwan yang luar biasa. Secara keseluruhannya, sejumlah 50+ pasukan akan beraksi di atas pentas dan membuat pertukaran antara satu sama lain. Pesta ini juga menawarkan kemudahan yang menarik dan mencabar. Sebagai contoh, pengunjung boleh menikmati "Pengembaraan Jatuh Dari Langit (Skydrop Adventure)" setinggi 270 meter meluncur tinggi di atas kolam, cuba rasakan "Gelongsor Langit Melambung Tinggi (Soaring Skyslide)" setinggi 14 meter yang mendebarkan iaitu turun ke darat dengan pantas, atau mencabar "Ayunan Buaian Melayang ke Langit (Skybound Swingtopia)" setinggi 4 tingkat dan banyak lagi kemudahan beraltitud tinggi yang menakjubkan. Dan di Balai Pameran Berbilang Semesta, terdapat pelbagai permainan berinteraktif VR/MR, yang membolehkan pengunjung bebas mengembara melalui berbilang semesta dan merasai permainan kanak-kanak berinovatif yang diaktifkan oleh teknologi canggih. Pengunjung juga akan berasa kagum dengan perarakan karnival "Parti Antara Bintang (Interstellar Party)", dengan perarakan terapung dalam bentuk kapal angkasa, anak patung UFO, pasukan dram, dan angkasawan dalam kostum LED untuk mempersembahkan pengertian teknologi dan suasana parti yang meriah di angkasa lepas.

Musim panas ini, Yilan menanti kunjungan anda... Sama ada anda orang dewasa atau kanak-kanak, anda pasti akan merasai tahap keseronokan maksimum sebaik sahaja anda memasuki Metasemesta YICFFF dan meneroka alam perintis permainan kanak-kanak!

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53451043/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17288

No comments:

Post a Comment