Friday, July 28, 2023

POWERCAT, CATZONIA DAN AQUARIA KLCC ANTARA PEMENANG DI MAJLIS ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA EDISI ANIMALIS (HAIWAN) 2023 - 2024 DI VIENNA

 VIENNA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bahagian ketiga Edisi Animalis (Haiwan) di Majlis Anugerah Penjenamaan Dunia 2023 - 2024 mengalu-alukan jenama haiwan peliharaan dan haiwan dari seluruh dunia, meraikan pencapaian masing-masing sebagai Pemenang Kebangsaan, Serantau dan Global.


Majlis anugerah ini diadakan di Istana Hofburg yang berprestij di Vienna, serta dihoskan oleh Howard Nightingall dan mengalu-alukan para pemenang dalam pelbagai kategori, seperti makanan haiwan peliharaan, runcit, kesihatan, produk akuatik dan banyak lagi.

“Anugerah Edisi Animalis (Haiwan) ialah pengiktirafan yang diberikan kepada usaha gigih pasukan yang membina dan mengekalkan kehadiran jenama masing-masing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Sebagai pemenang, jenama ini telah mewujudkan ingatan semula yang kukuh terhadap sesuatu jenama, kesedaran utama dan kepercayaan dalam kalangan pengguna masing-masing.” kata Richard Rowles, Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia.

Lebih 100,000 pengguna menyertai tinjauan dalam talian global dan mencalonkan lebih daripada 1,500 jenama. Daripada jumlah ini, hanya 100 jenama terbaik dari 30 negara dinamakan sebagai pemenang.

Buddy Brands, Coo & Riku, Dymax, FRONTLINE, Hikari, Kaniva dan Taiyo ialah antara jenama yang diumumkan sebagai pemenang. Untuk memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia ini, bukan suatu penghormatan yang mudah diperoleh dan ini mengukuhkan kedudukan jenama syarikat sebagai yang terbaik dalam industri masing-masing.

Pemenang dari Malaysia termasuk PowerCat, Catzonia, Aquaria KLCC, Aquanice, BACK2NATURE, Cindy's Recipe, Royal Canin dan MSIG. Pemenang peringkat Kebangsaan yang lain termasuk Coo & Riku (Jepun), DeliBest (Switzerland), Global Pet Foods (Kanada), Halti (United Kingdom), Heads Up For Tails (India), Kelly & Co's (Thailand), NurturePro (Singapura), TopBreed (Filipina) dan VanCat (Turki).

Oleh kerana Anugerah Penjenamaan Dunia 2023 - 2024 Edisi Animalis (Haiwan) sudah berakhir, Anugerah Penjenamaan Dunia Edisi Global yang dinanti-nantikan akan kembali ke pentas pada bulan November tidak lama lagi di Istana Kensington, London.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi awards.brandingforum.org.

MAKLUMAT TENTANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

Anugerah Penjenamaan Dunia ialah anugerah terulung Forum Penjenamaan Dunia, organisasi bukan untung yang berdaftar. Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia.

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/worldbrandingforum/

Twitter: https://twitter.com/WorldBranding

Instagram: https://www.instagram.com/worldbranding/

LinkedIn: https://linkedin.com/company/world-branding-forum

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
editorial@brandingforum.org
 
Sumber: Anugerah Penjenamaan Dunia

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment