Monday, July 24, 2023

GARIS PANDUAN UMUM E-INVOIS TAHUN 2023 KINI BOLEH DIAKSES MULAI 21 JULAI 2023

 KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi beberapa siri jelajah yang telah dilaksanakan merangkumi beberapa zon terpilih iaitu Lembah Klang, Zon Utara, Zon Sarawak dan Zon Sabah terus komited dalam mengatur strategi seterusnya bagi memastikan kejayaan inisiatif e-invois mengikut garis masa yang telah dirancang.

 
Sehubungan itu, HASiL ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum E-Invois Tahun 2023 telah dimuat naik ke Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai meliputi skop pelaksanaan seperti yang berikut:
 
• Konsep pelaksanaan e-invois;
• Garis masa pelaksanaan e-invois;
• Proses pengeluaran dan penyerahan e-invois kepada HASiL;
• Panduan penilaian kesediaan pembayar cukai; dan
• Spesifikasi medan data yang diperlukan.
  
Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun garis panduan ini beserta soalan lazim (FAQ) menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/.
 
HASiL mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan e-invois yang boleh disalurkan menerusi e-mel rasmi myinvois@hasil.gov.my.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
 
a)         Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)         HASiL Live Chat; dan
c)         Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 21 Julai 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17309

No comments:

Post a Comment