Tuesday, July 11, 2023

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

 

Seramai 65 pelajar tahun akhir kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam berkongsi idea inovasi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi seiring dengan inisiatif memperkasa minda produktif.

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini memberi perhatian dalam pembangunan modul baharu berkaitan produktiviti yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pengarah MPC, Puan Saliza Saari berkata, transformasi minda ini dijalankan secara holistik dan ia perlu bermula awal di peringkat institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi dan industri.

“MPC percaya peranan membudayakan peningkatan produktiviti perlu dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minda produktif secara meluas.  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menekankan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi”, katanya.

Menurut beliau modul baharu itu merupakan kolaborasi antara MPC & School of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan chapter berkaitan dengan produktiviti telah dimasukkan sebagai salah satu modul pembelajaran bagi pelajar semester akhir di fakulti Mechanical Engineering.

“Dalam konteks Malaysia, isu-isu yang dihadapi oleh industri, seperti bakat yang dihasilkan oleh institusi tinggi tidak bersedia untuk memenuhi keperluan industri, kekurangan tenaga kerja pelbagai kemahiran dan pasaran global yang kompetitif hanya boleh membawa maksud satu perkara: industri dan institusi akademik perlu bekerjasama dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dan produktif”, ucapnya semasa Productive Mindset Program: Productivity and Innovation Exposition for Smart Manufacturing Research InstituteCollege of Engineering, UiTM.

Ekspo produktiviti dan inovasi ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia bersama Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (Smart Manufacturing Research Institute), Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA di Menara Berkembar Kolej Kejuruteraan di Menara Kejuruteraan, Kolej Kejuruteraan UiTM. Ia menampilkan pembentangan inovasi oleh 65 pelajar daripada kursus tahun akhir elektif: Pembuatan Bertaraf Dunia dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam di bawah seliaan MPC, Prof.  Madya Ir. Dr. Noor Azlina (Ketua Kursus) dan Dr. Norliana Mohd. Abbas.

Ekspo ini juga mengiktiraf Prof. Madya Ir. Dr. Noor Azlina Mohd. Salleh sebagai Productivity Champion (Leader) kerana sumbangan beliau terutamanya dalam inisiatif peningkatan produktiviti bersama industri peringkat tempatan dan global. Antara lain penerima Productivity Champion kategori Practitioner ialah Dr. Norliana Mohd. Abbas dan seramai 65 Pelajar telah menerima pengiktirafan Productivity Champion kategori Talent yang mana mereka merupakan pelajar kursus tahun akhir elektif Pembuatan Bertaraf Dunia dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam.

Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Hajah Hamidah Mohd Saman menjelaskan bahawa program kerjasama ini akan memberi laluan kepada UiTM terutamanya dalam pembuatan pintar lean serta kepakaran lain dalam menyokong negara dengan melahirkan graduan yang bersedia untuk Industri4.0 dengan kerjasama holistik antara Kolej Kejuruteraan, Pusat Penyelidikan. Kecemerlangan (Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar) dan MPC.

MPC sentiasa komited berkaitan usaha-usaha peningkatan produktiviti secara holistik di peringkat Nasional, Sektoral dan Enterpris melalui kerjasama strategik dalam pelbagai bidang industri.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 
 
Mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Sebagai universiti komprehensif terbesar di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mempertingkatkan ketampakannya melalui kerjasama dengan universiti di seluruh dunia. Ia terus menyediakan akses kepada pendidikan tinggi, memainkan peranannya dalam membina negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.Dalam menyediakan pendidikan inovatif di 35 kampus dan 26 fakulti di seluruh Malaysia, UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD, serta Program Profesional. Kini, UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka yang terbukti menjadi pilihan pelajar.

Antara pencapaian terhebat, UiTM menduduki tempat ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022, pada kedudukan 651-701 dalam QS World University Rankings 2022 dan pada kedudukan 101-200 dalam penarafan THE Impact Rankings 2021. Pada tahun 2021, subjek Hospitality and Leisure Management berada pada kedudukan 51-100 dunia dan 12 daripada subjek UiTM lainnya telah tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2021. UiTM turut berasa pada kedudukan ke-150 dalam penarafan UI GreenMetric (UIGM) Worlds University Rankings 2021. Pada tahun 2020, UiTM telah memenangi pingat emas dalam QS APPLE Creative Awards bagi kategori Iklan Kreatif Terbaik di peringkat antarabangsa.

Dengan lebih daripada 900,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin di peringkat kebangsaan, industri dan global dalam mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun.
 
SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Noor Izzati Kamis
Tel: 012-286 7346 
E-mel: noorizzati@mpc.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment