Friday, July 21, 2023

OOKLA MENGANJUR SIDANG KEMUNCAK KAWAL SELIA TELEKOMUNIKASI APAC UNTUK PENGGUBAL DASAR SERANTAU

Pengawal selia negara-negara APAC terus menggunakan cerapan rangkaian Ookla dan data sumber awam untuk membantu menangani jurang digital di rantau Asia-Pasifik.

SEATTLE, 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ookla®, peneraju yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dalam pengukuran rangkaian dan kecerdasan ketersambungan, berjaya melangsungkan Sidang Kemuncak Kawal Selia Telekomunikasi yang pertama syarikat berkenaan untuk rantau Asia-Pasifik minggu lepas di Kuala Lumpur, Malaysia. Sidang kemuncak itu berjaya menghimpunkan lebih 40 wakil kawal selia dari lebih 10 negara di seluruh rantau Asia-Pasifik. Acara itu berfungsi sebagai platform berguna untuk penggubal dasar berkongsi amalan terbaik dalam perancangan dan pengawasan kawal selia, serta cara mereka memanfaatkan cerapan ketersambungan Ookla untuk membantu menangani jurang digital melalui penambahbaikan rangkaian jalur lebar dalam pasaran masing-masing.

Dari pengurusan spektrum yang berkesan kepada meningkatkan ketersediaan jalur lebar melalui akses wayarles tetap (FWA), wakil dari badan kawal selia di seluruh rantau berkongsi cara mereka merapatkan jurang digital, menyokong perlindungan pengguna dan meningkatkan persaingan dalam pasaran masing-masing. Intipati kepada sebahagian besar usaha ini ialah pemahaman yang jelas tentang prestasi, kualiti dan ketersediaan rangkaian sedia ada — dan cara cerapan rangkaian sumber awam Ookla membantu pengawal selia dalam menilai dan menambah baik ketersambungan.

“Membuat keputusan termaklum, memacu penambahbaikan ketara dan merevolusikan pendekatan kita adalah amat penting dalam usaha mengukuhkan ketersambungan internet di negara ini,” ujar Encik Sam Majid, Ketua Pegawai Inovasi Teknologi (CTIO), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). “Data sumber awam telah menjadi kritikal untuk kita memahami kedudukan permintaan ketersambungan, bidang yang perlu dibaiki dan lokasi yang perlu kita tempatkan. Cerapan ini membantu kita menguruskan dasar kawal selia untuk menangani jurang digital, menyokong perlindungan pengguna dan meningkatkan persaingan dalam pasaran.”

Akses awam yang luas kepada akses internet berkelajuan tinggi yang andal menjadi keperluan untuk pertumbuhan ekonomi, inovasi dan pembangunan sosial. Sidang kemuncak itu bertujuan memudahkan pertukaran idea dan kerjasama yang tertumpu kepada memanfaatkan kecerdasan rangkaian bagi membantu menambah baik pengalaman berhubung untuk semua dengan menghimpunkan pengawal selia dari seluruh rantau.

"Sebagai peneraju industri yang dipercayai, Ookla berbesar hati menganjurkan acara ini yang bertujuan menggalakkan kerjasama dan membolehkan pengawal selia berkongsi amalan terbaik," kata Stephen Bye, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ookla, bahagian Ziff Davis. “Kami mengiktiraf peranan kritikal yang dimainkan oleh pengawal selia dalam membentuk masa depan ketersambungan. Sidang kemuncak ini menekankan dedikasi Ookla untuk membantu pelbagai negara merapatkan jurang digital. Kami komited untuk bekerjasama dengan pengawal selia bagi mewujudkan komuniti yang lebih bersambung dan terangkum secara digital."

Sidang Kemuncak Kawal Selia APAC yang julung kali diadakan menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan Ookla membantu memacu penambahbaikan bermakna dalam ketersambungan jalur lebar untuk pengguna di seluruh dunia.

Maklumat Tentang Ookla®

Ookla® ialah peneraju global dalam kecerdasan ketersambungan dan cerapan rangkaian. Selama hampir dua dekad, Ookla telah menetapkan standard industri untuk pengujian dan analisis rangkaian tetap dan mudah alih. Daripada platform Speedtest® dan Downdetector® yang terkenal di dunia kepada suit penyelesaian perusahaan menyeluruh yang disertakan dan berkembang, misi Ookla ialah mengukur, memahami dan membantu menambah baik pengalaman berhubung.

Ookla menyediakan penyelesaian untuk pengujian rangkaian sumber awam dan terkawal, bersama dengan cerapan global yang menyeluruh mengenai keadaan rangkaian, QoS, QoE dan pengalaman pengguna. Cerapan ini memperkasa pengendali, pengawal selia, kerajaan, organisasi bukan untung dan organisasi lain menganalisis, mengoptimumkan dan menghebahkan rangkaian di seluruh dunia.

Ookla ialah sebahagian daripada Ziff Davis (NASDAQ: ZD), syarikat media digital dan internet yang tertumpu secara menegak, serta mempunyai portfolio merangkumi jenama terkemuka dalam teknologi, membeli-belah, permainan dan hiburan, ketersambungan, kesihatan, keselamatan siber dan teknologi pemasaran (martech). Ibu pejabat Ookla terletak di Seattle, WA, Amerika Syarikat dengan pejabat tambahan yang lain di seluruh dunia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17303

No comments:

Post a Comment