Tuesday, July 11, 2023

​UNIDO DAN HUAWEI MELANCARKAN GABUNGAN GLOBAL DALAM KECERDASAN BUATAN UNTUK INDUSTRI DAN PEMBUATAN (AIM GLOBAL) PADA PERSIDANGAN AI DUNIA DI SHANGHAI

Encik Ciyong Zou, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Urusan UNIDO, Vicky Zhang, Naib Presiden, Komunikasi Korporat di Huawei dan rakan niaga lain semasa pelancaran rasmi AIM Global (Foto: Huawei)

SHANGHAI, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) keenam, UNIDO, Huawei dan rakan niaga lain secara rasmi melancarkan “Gabungan Global dalam Kecerdasan Buatan untuk Industri dan Pembuatan” (AIM Global) pada 6 Julai 2023. Diterajui oleh UNIDO, AIM Global akan mengintegrasikan rakan niaga awam dan swasta bagi memupuk penggunaan dan inovasi sekitar AI dalam industri dan pembuatan.


Berucap kepada hadirin WAIC semasa majlis perasmian, Encik Gerd Müller Ketua Pengarah UNIDO, berkata: “Ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan bahawa kemajuan dalam bidang AI dibuat dengan cara yang selamat, beretika, mampan dan terangkum. AIM Global mengiktiraf kepentingan untuk merapatkan jurang digital antara negara dan industri, serta memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam revolusi AI. AIM Global akan berada di barisan hadapan dalam membentuk landskap AI. Mari kita bekerjasama untuk membina masa depan yang AI merupakan kuasa untuk kebaikan, serta manfaat revolusi ini boleh diakses oleh semua dan inovasi berkembang maju selaras dengan nilai bersama kita.”

UNIDO DAN HUAWEI MELANCARKAN GABUNGAN GLOBAL DALAM KECERDASAN BUATAN UNTUK INDUSTRI DAN PEMBUATAN (AIM GLOBAL) PADA PERSIDANGAN AI DUNIA DI SHANGHAI

No comments:

Post a Comment