Friday, July 28, 2023

I SQUARED CAPITAL MERANCANG UNTUK MEMBINA LOJI SOLAR SEHINGGA 1 GIGAWATT DI MALAYSIA

SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- I Squared Capital ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan infrastruktur global yang terkemuka telah mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat portfolionya, HEXA Renewables, telah menandatangani memorandum persefahaman untuk membangunkan projek fotovoltaik solar hibrid sehingga 1 gigawatt di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini merupakan projek pertama yang diumumkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) Nasional Malaysia, yang bertujuan untuk menjana 70 peratus bekalan tenaga negara daripada tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050. Memorandum tersebut ditandatangani bersama UEM Group Berhad (UEM), sebuah anak syarikat milik penuh dan platform pelaburan hijau Khazanah Nasional Berhad iaitu dana kekayaan kerajaan Malaysia; dan ITRAMAS Corporation (ITRAMAS), pemaju loji tenaga solar bersepadu menegak terbesar, EPCC, dan penyedia perkhidmatan di Malaysia.


“I Squared Capital dan platform tenaga boleh diperbaharui milik penuh kami, HEXA Renewables Malaysia, berbangga untuk mengambil bahagian dalam projek penting ini,” kata Gautam Bhandari, Ketua Pegawai Pelaburan dan Rakan Kongsi Urusan I Squared Capital. “Sebagai perintis dalam pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan Peralihan Tenaga dengan hampir 5.8 gigawatt aset boleh diperbaharui di seluruh dunia, kami teruja untuk menggunakan kepakaran kami dalam penjanaan kuasa hijau untuk membantu memangkin peralihan tenaga di Malaysia, ahli pengasas IPEF.”

Perjanjian antara I Squared Capital dengan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa A.S. (DFC) untuk bekerjasama dalam membiayai projek infrastruktur mampan dalam pasaran baru muncul, termasuk pihak yang terlibat dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), seperti Malaysia, telah mendorong komitmen HEXA Renewables terhadap projek ini. Projek ini akan memajukan I Squared Capital dan cita-cita bersama DFC untuk menyokong pembangunan ekonomi inklusif melalui mitigasi perubahan iklim.

"I Squared Capital mengalu-alukan perjanjian ini antara HEXA dan UEM-ITRAMAS untuk membangunkan projek solar berskala besar dan tercanggih untuk menyokong permintaan tempatan terhadap kuasa bersih," kata Harsh Agrawal, Rakan Kongsi Kanan I Squared Capital. "Kami akan terus mencari projek infrastruktur tertumpu iklim yang serupa untuk menyokong peralihan tenaga global, termasuk dalam pasaran baru muncul dan negara yang terlibat dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, menurut perkongsian kami dengan DFC."

HEXA dan UEM-ITRAMAS akan bekerjasama dalam perancangan, penstrukturan, pengaturan hantaran, pembinaan dan pengendalian projek, dengan HEXA turut memanfaatkan rekod prestasinya yang mantap dalam bidang peralihan tenaga untuk menyokong pembangunan sektor berkaitan peralihan tenaga Malaysia termasuk RE, kestabilan grid, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), bahan api bersih dan kecekapan tenaga.

Mengenai HEXA Renewable

HEXA Renewables ialah sebuah syarikat portfolio I Squared Capital dan pemaju terkemuka pan-Asia bagi projek solar dan angin dengan pejabat dan pasukan di Singapura, Malaysia, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Filipina dan India. Sejak 2020, syarikat itu telah membangunkan beberapa gigawatt projek tenaga boleh diperbaharui merentasi sistem storan fotovoltaik solar, angin dan tenaga, di rantau Asia-Pasifik.

Mengenai I Squared Capital

I Squared Capital merupakan sebuah syarikat pengurusan infrastruktur global bebas dengan pengurusan lebih $37 bilion aset yang memfokuskan pada pelaburan di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Ibu pejabat I Squared Capital terletak di Miami. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 215 profesional di seluruh pejabatnya di Hong Kong, London, New Delhi, Singapura, Taipei dan Sydney. I Squared Capital telah melabur dalam 72 syarikat di 59 negara dengan lebih 27,000 pekerja merentas sektor utiliti, tenaga, infrastruktur digital, pengangkutan, infrastruktur alam sekitar dan infrastruktur sosial yang menyediakan perkhidmatan penting kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Sebarang perbincangan mengenai syarikat tertentu tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli atau menjual pelaburan tertentu. Syarikat-syarikat yang disebutkan tidak mewakili semua pelaburan masa lalu. Jangan menganggap bahawa sebarang pelaburan yang dibincangkan akan memberikan pulangan atau bahawa keputusan pelaburan pada masa hadapan akan memberikan pulangan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan
Hubungan Media
Brunswick Group
Alex Yankus / Clare Pickett
+1 (347) 477 7475
isquared@brunswickgroup.com
 
Sumber: I Squared Capital

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment