Tuesday, October 24, 2023

ANGGOTA TERKINI PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO), TURKI MENGANJURKAN MESYUARAT BENGKEL KETUA PERTUBUHAN PRODUKTIVITI KEBANGSAAN KE-64



Table

Kiri–Kanan: Pengarah APO Turki Abdullah Basar, Menteri Perindustrian dan Teknologi Mehmet Fatih Kacir, Setiausaha Agung APO Dr. Indra Pradana Singawinata. (Foto: Business Wire)


ANKARA, Turki, 24 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Turki, anggota terkini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), bermurah hati menganjurkan Mesyuarat Bengkel (WSM) Ketua Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan (NPO) ke-64 di Ankara, dari 17–19 Oktober.

Mesyuarat tiga hari itu dihadiri oleh 65 Ketua NPO bersama delegasi mereka daripada 20 anggota APO. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Abdullah Basar, Ketua Pengarah untuk Penyelidikan Strategik dan Produktiviti, Kementerian Industri dan Teknologi, serta Pengarah APO Turki. Tetamu Kehormat Menteri Perindustrian dan Teknologi, Mehmet Fatih Kacir menyampaikan ucapan perasmian yang menegaskan misi penting APO, “Kami bertindak dengan kesedaran bahawa sumber adalah terhad di dunia dan kami mementingkan pengagihan sumber ini secara adil, yang merupakan warisan bersama kemanusiaan. Bersama pendekatan ini, kami melihat teknologi baharu yang tertumpu kepada produktiviti sebagai satu daripada alat paling berkesan untuk menyelesaikan masalah global. Produktiviti ialah berdasarkan masa depan yang makmur dan pertumbuhan mampan, serta transformasi digital dan hijau ialah berdasarkan produktiviti.”

Intipati kepada perbincangan itu ialah Visi APO 2025. Setiausaha Agung APO Dr. Indra Pradana Singawinata menyerlahkan kepentingan kritikal memperhalus hasil dan langkah atau penunjuk kejayaan yang diingini bagi memastikan kesemuanya diperkuat melangkaui program dan projek APO. Beliau menekankan pemilikan kolektif, mengetengahkan bahawa kekuatan dan kejayaan APO dibina atas usaha kerjasama anggota pertubuhan. Setiausaha Agung Dr. Indra meminta para anggota pertubuhan mendokumenkan dan berkongsi kisah kejayaan masing-masing bertujuan menunjukkan impak ketara usaha dan inisiatif kolektif melalui program dan projek.

Mesyuarat Bengkel (WSM) tahunan itu menawarkan NPO platform untuk membangunkan dan melakukan perundingan, serta memperhalus inisiatif. Segmen penting mesyuarat itu dikhususkan untuk mengatur strategi dan merancang untuk dwitahunan 2025–26. Ini akan memastikan bahawa APO kekal tangkas dan selaras dengan keperluan pelbagai anggota yang semakin berkembang dan memperkukuh komitmen terhadap misi pembangunan sosioekonomi yang mampan melalui produktiviti di seluruh rantau Asia Pasifik.

Beberapa cadangan visi yang disokong oleh WSM termasuk pelancaran program kepimpinan eksekutif untuk NPO dan penubuhan dana untuk membantu bukan anggota pertubuhan. Dengan kebijaksanaan kolektif dan strategi diperbaharui bersama, APO bersedia menavigasi cabaran dan peluang dinamik di hadapan.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53649745/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO): pr@apo-tokyo.org
Telefon: +81-3-3830-0411
Laman web: https://www.apo-tokyo.org.
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

No comments:

Post a Comment