Tuesday, October 3, 2023

AUTEL ENERGY MENCAPAI LABEL EGAT NO. 5 DENGAN PENILAIAN 3 BINTANG UNTUK MAXICHARGER DC COMPACT 47KW




PAK KRET, Thailand, 2 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Autel Energy, peneraju terkemuka dalam industri pengecasan kenderaan elektrik (EV), sukacitanya ingin mengumumkan bahawa produk MaxiCharger DC Compact 47KW keluaran syarikat tersebut telah berjaya mencapai Label EGAT No. 5 dengan penilaian 3 bintang, tahap pengiktirafan kecekapan tenaga tertinggi untuk pengecas EV DC di bawah 60KW. Pencapaian ini menunjukkan komitmen Autel Energy untuk menyampaikan penyelesaian pengecasan termaju dan cekap tenaga kepada industri EV.

Pengiktirafan tersebut diberi dan disampaikan oleh Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Electricity Generating Authority of Thailand - EGAT) berdasarkan kriteria kecekapan tenaga yang ketat, seperti yang tertera dalam Kriteria Kecekapan Tenaga untuk Pengecas EV 2024. Menurut kriteria ini, pengecas DC di bawah 60KW mesti mencapai penilaian kecekapan melebihi 93.738% untuk mendapat penilaian 3 bintang yang menjadi rebutan itu. Autel MaxiCharger DC Compact 47KW telah berjaya melepasi syarat ini, serta mencapai kecekapan maksimum yang mengagumkan iaitu sebanyak 95.293% pada beban penuh.

MaxiCharger DC Compact 47KW direka bentuk dengan tumpuan kepada kecekapan, kelajuan dan kemudahan, menjadikan pengecas tersebut sebagai pilihan yang terbaik untuk penyelesaian pengecasan EV:

Pantas dan Berkesan: Dilengkapi dengan dwiport yang berupaya membekalkan kuasa sehingga 47KW, MaxiCharger DC Compact boleh mengecas dua kenderaan serentak. Pengecas ini dapat memberikan jarak perjalanan sebanyak 130 kilometer kepada EV dengan hanya 30 minit mengecas, menjadikan pengecas berkenaan sebagai penyelesaian yang cekap untuk pemilik EV.

Reka Bentuk Kompak: Direka bentuk untuk serbaguna, MaxiCharger DC Compact merupakan produk ultra kompak, tetapi berupaya menjana kuasa DC yang besar. Pilihan pemasangan yang fleksibel boleh memenuhi kedua-dua keadaan iaitu kedudukan tetap dan mudah alih, dengan kos pemasangan yang rendah memastikan pulangan pelaburan yang cepat untuk pengendali tapak.

Platform Pengiklanan dan Komunikasi Pintar: MaxiCharger DC Compact menampilkan skrin sentuh LCD mesra pengguna bersaiz 21.5 inci yang dikuasakan oleh Android 10, memberikan pengalaman pengecasan yang baik kepada pelanggan dan peletakan pengiklanan yang disasarkan. Pengendali tapak boleh berkomunikasi, mempromosikan, atau menarik pelanggan dengan berkesan, sekali gus menjana aliran pendapatan baharu.

“Mendapat Label EGAT No. 5 dengan penilaian 3 bintang untuk MaxiCharger DC Compact 47KW kami merupakan pencapaian yang besar untuk Autel,” kata Henry He, Pengarah Urusan Jualan Autel Energy APAC. “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada program Label No. 5 EGAT yang dikhususkan kepada penjimatan tenaga dan komited untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian cekap tenaga untuk pasaran Thailand. Dengan memilih MaxiCharger DC Compact 47KW Autel, pengguna dan perniagaan boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan mampan sambil menikmati manfaat penyelesaian pengecasan EV berprestasi tinggi.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17521

No comments:

Post a Comment