Thursday, October 26, 2023

HYTERA MELANCARKAN PERANTI JEJARING LTE ATAS PERMINTAAN UNTUK MISI KRITIKAL




SHENZHEN, China, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, baru-baru ini telah melancarkan versi terkini peranti mudah alih jejaring jalur lebar E-mesh580P, direka bentuk untuk menawarkan pautan suara, data dan video yang lasak bagi pasukan petugas di tapak dan pusat kawalan dalam persekitaran mencabar yang tidak mempunyai akses kepada infrastruktur komunikasi. Kepelbagaian, kebolehgunaan dan kemudahalihan fungsian menjadikan peranti ini sebagai sistem komunikasi atas permintaan yang sesuai untuk misi kritikal agensi Perlindungan Awam dan Bantuan Bencana (PPDR).

E-mesh580P tidak memerlukan infrastruktur tulang belakang dan ini membolehkan peranti tersebut digunakan dengan pantas untuk mewujudkan rangkaian yang andal semasa ketiadaan rangkaian awam. Peranti ini mempunyai keupayaan perangkaian mengagumkan yang terdiri daripada daya pemprosesan tinggi kepada pautan penghantaran yang stabil, daripada geganti kepada topologi rangkaian yang fleksibel. Dengan memanfaatkan teknologi 4G LTE dan 5G NR, E-mesh580P boleh membentuk sehingga 32 nod dan rangkaian liputan meluas perangkai padan tanpa nod teras untuk mencapai ketersambungan jarak jauh dan liputan kawasan terlindung.

E-mesh580P disambungkan kepada kelengkapan video atau radio lasak dua mod dengan sambungan berwayar atau wayarles. Peranti ini membolehkan petugas penyelamat menghantar data multimedia audio dan video ke pejabat kawalan dalam masa nyata, fungsi penting untuk menangani bencana seperti kebakaran hutan, banjir dan gempa bumi, yang kebiasaannya mengakibatkan kerosakan kepada grid kuasa dan infrastruktur komunikasi; peranti jejaring tersebut boleh menjadi talian hayat untuk pasukan penyelamat dalam hal ini.

E-mesh580P menawarkan kebolehgunaan yang tiada tandingannya dengan reka bentuk kompak dan ringan. Peranti ini boleh di galas atau dipasang dengan mudah pada kenderaan dan membolehkan pengguna mendapatkan maklumat penting dengan pantas melalui paparan OLED, penunjuk LED, atau amaran bip. Perkhidmatan panggilan suara kumpulan membolehkan ahli pasukan terus berhubung di tempat kejadian untuk kerjasama yang lebih baik semasa penggunaan.

Sama ada dalam mod MIMO, Konvensional atau Pengagregatan Pembawa, E-mesh580P mempunyai keupayaan antigangguan yang kuat untuk menghadapi persekitaran elektromagnet yang berbeza. Oleh itu, peranti ini memberikan ketersambungan yang andal tanpa mengira lokasi dan persekitaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Peranti Jejaring Jalur Lebar Hytera E-mesh580P, sila kunjungi: Peranti Mudah Alih Jejaring Jalur Lebar E-mesh580P - Hytera.

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Hytera menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Hytera membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan syarikat tersebut mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan respons kecemasan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53670221/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17576

No comments:

Post a Comment