Thursday, October 26, 2023

KOLEJ ST LAURENCE MENINGKATKAN PENGALAMAN PELAJAR DAN GURU DENGAN BOOMI

Kolej St Laurence Meningkatkan Pengalaman Pelajar dan Guru dengan Boomi (Grafik: Business Wire)

 • Kolej menengah yang berpangkalan di Brisbane itu telah memastikan ketekalan data di seluruh persekitaran awan hibrid dan menghapuskan proses manual yang memakan banyak masa sebagai sebahagian daripada langkah merealisasikan masa depan digital kolej yang kental.

• Kolej itu menyertai kira-kira 20,000 organisasi di seluruh dunia dalam memilih platform integrasi peneraju kategori Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk mencapai hasil perniagaan lebih baik
 
SYDNEY, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, telah mengumumkan bahawa Kolej St Laurence (‘Lauries’) menggunakan platform Boomi untuk meningkatkan pengalaman menyeluruh 1,990 pelajar, serta 250 guru dan kakitangan, daripada pendaftaran dan suai tugas sehingga keluar dari sekolah.

Diasaskan pada tahun 1915 di Brisbane, Lauries ialah sekolah untuk pelajar lelaki daripada gred 5 hingga gred 12. Hasil daripada perkhidmatan kohort yang begitu besar, kolej berkenaan menguruskan jumlah data yang banyak merentasi pelbagai sistem dalam persekitaran hibrid yang rumit.

Tanpa keupayaan integrasi disediakan sebelum ini, Lauries memilih platform Boomi untuk menghubungkan aplikasi di premis dan berasaskan awan bagi mewujudkan pangkalan data terpusat dan memastikan data yang tekal merentasi semua sistem. Ini membolehkan kolej itu mengatasi cabaran dalam mengumpul dan menguruskan set maklumat yang diperlukan dengan tepat sepanjang perjalanan pembelajaran para pelajar.

“Walaupun kami hanyalah kolej menengah, bilangan kumpulan dan akaun pengguna yang banyak dalam komuniti Lauries menjadikan proses data kami serupa dengan universiti – kami menghadapi cabaran yang sama dalam menguruskan maklumat pelajar dan kakitangan,” kata Nick Lieschke, Dekan Operasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat di Lauries. “Kami memerlukan platform integrasi untuk menghapuskan kerumitan dan memilih Boomi untuk keupayaan integrasi kod rendah yang teguh. Boomi menghubungkan titik data dan membantu kami mengekalkan sumber kebenaran tunggal, mengurangkan beban amalan kemasukan data dan menjimatkan lebih banyak masa untuk kakitangan.”

Lauries menggunakan platform integrasi Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk menghubungkan sumber manusia (HR), kewangan dan sistem pengurusan sekolah, serta aplikasi berasaskan awan yang semakin banyak. Platform ini mengekalkan semua data dengan cara yang tekal antara sistem ini dan Microsoft Azure, serta Active Directory, dengan pengesahan data terbina dalam bertujuan memberitahu kakitangan tentang apa-apa konflik dalam data akaun.

Sebelum menggunakan platform Boomi, Lauries mengendalikan semua proses pengumpulan dan pengurusan data secara manual. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk memastikan ketekalan data di seluruh persekitaran IT kolej berkenaan, serta memerlukan pengendalian secara manual yang memakan banyak masa dan juga memperkenalkan risiko kesilapan manusia.

“Boomi telah membantu kami mengurangkan beban kerja keseluruhan kakitangan IT. Sebelum ini, masa yang digunakan untuk memasukkan semua perubahan, data log, serta menjalankan semak dan imbang merentasi pelbagai sistem kini lebih baik diluangkan pada projek bernilai lebih tinggi bagi memacu hasil yang lebih baik untuk para pelajar dan guru, dengan Boomi mengautomasikan semua kerja manual di bahagian belakang,” kata Lieschke. “Ini merupakan bahagian penting dalam misi kami untuk merealisasikan masa depan Lauries yang kental dan memudahkan perisian baharu diperkenalkan sebagai perkhidmatan (SaaS), serta menjadi sebahagian daripada strategi yang mengutamakan awan kami. Lebih penting lagi, kami boleh memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran para pelajar.”

Dengan pengetahuan tentang lokasi data dan cara data tersebut dimanfaatkan, Lauries juga telah mencipta jaringan keselamatan digital. Sebaik sahaja pelajar, guru dan kakitangan meninggalkan Lauries, kolej tersebut boleh memastikan maklumat mereka akan dilupuskan, bertujuan mengurangkan risiko kebocoran data.

Dalam projek Boomi yang akan datang, Lauries merancang untuk menggunakan Flow, penyelesaian automasi aliran kerja Boomi, bertujuan mengendalikan borang suai tugas dan keluar. Sebaik sahaja Flow disediakan, penyelesaian itu akan membantu Lauries menghantar surat tawaran kepada guru baharu dan dokumen pendaftaran kepada bakal pelajar, menjadikan proses lebih pantas dan mudah bagi pihak berkenaan untuk melengkapkan dan menandatangani, serta bagi pihak sekolah mewujudkan rekod yang tepat pada akhir proses. Automasi itu juga akan menyokong perubahan yang diminta untuk akaun pengguna, seperti contoh pelajar menukar subjek elektif mereka.

“Sekolah seharusnya dapat menyalurkan sumber masing-masing kepada pendidikan dan keseluruhan pengalaman pelajar, serta tidak berhadapan dengan kesukaran dalam mengekalkan sistem teknologi yang digunakan untuk melakukan perkara ini,” kata Nathan Gower, Pengarah Australia dan New Zealand di Boomi. “Lauries telah memanfaatkan Boomi untuk mencipta asas yang andal bagi menghubungkan teknologi dan data supaya kolej berkenaan dapat memberikan tumpuan kepada menambah nilai perjalanan pelajar dan memperkasa para guru untuk merealisasikan cita-cita itu.”

Sumber Tambahan

· Ketahui lebih lanjut tentang platform Boomi
· Terokai Komuniti Boomiverse
· Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi
Boomi mempunyai matlamat menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53675942/en

Individu untuk Dihubungi

Media: 
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi, LP

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment