Friday, November 2, 2018

BUSINESS WIRE MENAMAKAN PASCAL ROSIER SEBAGAI PENGURUS BESAR BAGI RANTAU ASIA PASIFIK

TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eksekutif industri maklumat Pascal Rosier telah menyertai Business Wire sebagai pengurus besar bagi Asia Pasifik, demikian diumumkan hari ini. Rosier akan bertanggungjawab bagi pejabat Business Wire di Tokyo, Hong Kong, dan Sydney, dan akan bekerjasama rapat dengan pelbagai ahli gabungan perkhidmatan berita itu di seluruh rantau itu.

Berpusat di Tokyo, Rosier membawa kelayakan yang mengagumkan kepada peranan baharu beliau, setelah memegang kedudukan kepimpinan jualan dan pengurusan operasi dengan perkhidmatan maklumat kewangan yang terkemuka semasa kerjaya beliau selama 18 tahun.

Sepanjang lima tahun yang lalu, Rosier telah berkhidmat sebagai pengarah jualan serantau untuk Dow Jones, di mana beliau mengarahkan kak
itangan seramai sepuluh orang untuk menjual produk-produk syarikat itu kepada komuniti kewangan, korporat, dan agensi kerajaan. Rosier melaksanakan strategi yang menghasilkan di dalam pertumbuhan tiga angka dalam pasaran Jepun yang bersaing.

Sebelum ini, Rosier mengetuai bahagian penjualan korporat untuk Bloomberg LP di Jepun, dengan menyasarkan perbadanan, firma dagangan, dan institusi kewangan global.

Fasih bertutur dalam lima bahasa – bahasa Jepun, Perancis, Inggeris, Mandarin dan Jerman – Rosier bersemangat dalam menghadapi peranan baharu beliau, dengan mengiktiraf potensi besar di rantau itu.

"Latar belakang Pascal yang mengagumkan yang mencirikan pengalaman operasi yang signifikan di dalam industri berita dan rantau Asia Pasifik menjadikan beliau amat sesuai untuk peranan penting ini," kata Geff Scott, ketua pegawai eksekutif bagi Business Wire. "Penambahan Pascal kepada pasukan Business Wire itu mengulangi komitmen kami terhadap tahap perkhidmatan pelanggan dan pertumbuhan yang tinggi di rantau itu," kata Scott.

"Saya sangat teruja untuk menyertai Business Wire pada masa yang begitu menarik ini," kata Rosier. "Dengan kepelbagaian mereka, tenaga dan kreativiti mereka, semangat dan keterbukaan mereka, Asia terus berkembang dengan kadar yang pesat dan menawarkan banyak peluang bagi perniagaan untuk muncul dan berkembang. Business Wire berada pada kedudukan yang unik untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan ekosistem yang dinamik ini," kata Rosier.

Rosier akan melapor kepada Stuart Dean, naib presiden bagi jualan, yang membuat pengumuman hari ini.

Maklumat mengenai Business Wire:

Business Wire, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, adalah peneraju global di dalam pengedaran siaran media dan pendedahan kawal selia. Perhubungan pelabur, perhubungan awam, dasar awam dan profesional pemasaran bergantung kepada Business Wire untuk mengedarkan dengan tepat berita-berita dan multimedia yang menggerakkan pasaran,  menghoskan bilik berita dalam talian dan laman web IR, membina platform pemasaran kandungan, menjana penglibatan sosial dan menyediakan analisis khalayak yang meningkatkan interaksi dengan pasaran sasaran yang khusus. Ditubuhkan pada tahun 1961, Business Wire adalah sebuah sumber yang dipercayai untuk organisasi berita, wartawan, profesional pelaburan dan pihak berkuasa pengawalseliaan, dengan menyampaikan berita terus ke dalam sistem editorial dan sumber berita dalam talian yang terkemuka melalui NX Network mereka yang dipatenkan. Business Wire mempunyai 28 pejabat di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan kalangan profesional komunikasi dan pengguna berita yang berbeza-beza.

Ketahui lebih lanjut di services.BusinessWire.com dan Tempo, sumber Business Wire untuk trend industri; ikuti kemas kini di Twitter: @businesswire atau di Facebook.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11575

No comments:

Post a Comment