Monday, November 5, 2018

PENUBUHAN IHMA DI INDIA MELUASKAN SOKONGAN GLOBAL UNTUK PEMBANGUNAN UBAT ANTI JANGKITAN UNTUK INDUSTRI BIOFARMASEUTIKAL



SCHAUMBURG, Ill., 2 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- International Health Management Associates, Inc./IHMA Europe Sàrl (IHMA), syarikat global yang menyediakan perkhidmatan makmal dan rundingan untuk industri biofarmaseutikal yang terlibat dalam pembangunan produk untuk pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit berjangkit telah mengumumkan penubuhan syarikat gabungan di India (IHMA India, LLP).  Hal ini akan memudahkan IHMA memberikan perkhidmatan secara global dalam industri anti jangkitan.

Terdapat keperluan yang mendesak untuk rawatan anti jangkitan baharu yang berkesan. India adalah pasaran yang penting dan juga fokus utama syarikat farmaseutikal dengan rawatan anti jangkitan dalam pembangunan fasa akhir. Walaupun IHMA telah bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dan makmal akademik di India untuk masa yang lama, IHMA India LLP akan membolehkan IHMA mengukuhkan lagi posisinya di India untuk mengurus dan menyelaras projek penyelidikan dengan lebih baik justeru memberi manfaat kepada komuniti perubatan.

"Saya berbangga dapat membantu menubuhkan syarikat IHMA baharu ini dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan mikrobiologi klinikal molekul dan konvensional di India," kata Dr. Tarun Mathur, CEO IHMA India LLP.

No comments:

Post a Comment