Wednesday, November 28, 2018

SHARJAH MERAYAKAN GELARAN 'BANDAR RAYA MESRA KANAK-KANAK' UNICEF DALAM KARNIVAL BESAR-BESARAN

- Kanak-kanak Sharjah memaklumkan kepada dunia: 'Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami'

- Lebih 500 orang kanak-kanak sekolah hadir

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kanak-kanak dan golongan remaja di amiriah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu, telah mengutus sebuah pesanan kepada dunia, dengan berkata: "Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk bermain, untuk bergembira, untuk belajar, untuk menjadi kreatif, adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami. Kanak-kanak di Sharjah menggesa ke seluruh dunia agar setiap bandar raya menjadi sebuah bandar raya yang mesra kanak-kanak."

Gesaan itu dilaungkan semasa Karnival Mesra Kanak-kanak dan Remaja Sharjah Pertama, yang berbetulan dengan Hari Kanak-kanak Universal dan meraikan penganugerahan Sharjah baru-baru ini sebagai sebuah Bandar Raya Mesra Kanak-kanak UNICEF.

Karnival itu menyaksikan jalan-jalan raya di Sharjah menjadi hidup dengan bunyi muzik ketika penghibur jalanan dan lebih 500 keluarga, kanak-kanak, dan wakil-wakil dari organisasi kerajaan mengambil bahagian di dalam perarakan perayaan sejauh satu kilometer di Jalan Al Buhaira Corniche, yang terletak di tengah-tengah amiriah itu.

Perarakan itu diketuai oleh Pancaragam Muzik Tentera UAE yang mempertontonkan kepada orang ramai dengan persembahan begpaip yang merangsangkan. Seterusnya adalah 'The Flying Dreams' dan penciptaan boleh kembung yang mendapat perhatian, termasuk seekor burung gergasi dan rumah yang berbentuk kartun yang melonjak tinggi di langit. Trak Berbuih telah menyaksikan penghibur berpakaian bergelembung yang penuh warna-warni yang mengubah bandar raya itu menjadi sebuah parti yang penuh dengan gelembung gergasi, sementara 'Taman Magik' – secara harfiah – liar, dengan pejalan kaki bajang yang berpakaian seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan yang berwarna-warni.

Diadakan di bawah naungan Yang Mulia Sheikh Dr Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Ahli  Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Sharjah, dan dianjurkan oleh Pejabat Mesra Kanak-kanak Sharjah.

Karnival itu mencapai kemuncak dengan satu ekstravaganza bunga api yang hebat; satu pengakhiran yang sempurna kepada sebuah perayaan yang menarik yang memberi penghormatan kepada bintang-bintang masa hadapan yang cerah bagi bandar raya itu.

- Berakhir -

Maklumat mengenai Pejabat Mesra Kanak-kanak Sharjah (SBFO)

SBFO berhasrat untuk melindungi dan meningkatkan status dan kesejahteraan kanak-kanak dari semua peringkat umur di Sharjah, dengan mewujudkan strategi dan rancangan dan melaksanakannya dengan kerjasama institusi dan pihak berkuasa yang berkaitan. Pejabat itu pada masa ini ditugaskan untuk melaksanakan Projek Amiriah Mesra Bayi Sharjah (mensasarkan 0-2 tahun), dan Projek Bandar Raya Mesra Kanak-kanak Sharjah (mensasarkan 0-18 tahun).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11657

No comments:

Post a Comment